Tuesday 25 October 2016

THE PROMISED LAND :BUKAN WANG KABINET NAJIB TETAPI..

Bismillahhirahmannirrahim.

  WANG TUNAI RAKYAT YANG
  MENYELAMATKAN  NEGARA YANG
  HAMPIR MUFLIS INI.

Masihkah Najib mahu mendabik dada kebanggaan ..??

Duit memang banyak dinegara ini tetapi adakah duit itu milik kerajaan??

Dana kerajaan datangnya dari hasil pencukaian . Semua hasil cukai milik kerajaan . Sudah dikutip atau belum dikutip semuanya milik kerajaan.

Najib sendiri mengaku bahawa hutang kerajaan berjumlah hampir RM680 billion atau pun 53% dari KDNK negara.

Kalau dahulu hasil dari Petronas boleh menyumbang 50-60 billion ringgit setahun tetapi kini tidak lagi se besar dahulu dan begitu juga dengan hasil komoditi , semuanya  telah merudum dengan drastik.

Akhir Tahun 2009 hutang negara berada diparas RM348 billion dan baru baru ini Najib mengistiharkan hutang negara berada pada paras 53% dari KDNK dan beliau masih lagi mengatakan semuanya berada pada kadar terkawal.

Adakah seorang Perdana Menteri akan mengaku untuj mengatakan bahawa hutang negara berada pada paras hidung? Mustahil bukan.?

Begitulah keadaannya tetapi Najib telah terlepas cakap samada secara sedar atau spara sedar Najib mengatakan bahawa GST telah menyelamatkan negara dari bengkrap.

Sedar atau tidak GST dari poket rakyatlah yang menyelamatkan Najib dan pentadbiran di negara ini .
Olih itu disarankan kepada Kerajaan Najib bahawa kemenangan parti pemerintah dahulu bukan kemenangan suara majoriti tetapi undi 48% saja.
Untuk itu eloklah Kerajaan pimpinannya bermusabahah diri.

Jangan kerana nak mengayakan suku sakat Parti sendiri maka rakyat pula yang jadi mangsanya.

Kalau dah tak cukup duit berbelanjalah ikut kemampuan .

Kalau.diikutkan kenaikan.mendadak jumlah.hutang negara diera Najib ni..belum lagi nampak hasilnya..duit dan berbillion habis..yang paling terang 1MDB dibawah telunjuknya telah menjana hutang hampir 50 billion ringgit dan maruah negara tercemar diseluruh dunia..masihkah mahu mendabik dada???

           Cahaya Al Majid




.

      

No comments:

Post a Comment