Wednesday 26 October 2016

THE PROMISED LAND : KEBANYAKKAN MANUSIA BUTA HATI BUTA MATA

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari tangan kamu sendiri."

Semua umat Islam tahu dan faham dengan firman Allah swt diatas.

Kita renungkan sejenak. Adakah penyakit yang dihadapi itu datang dari Allah swt

Tetapi kebanyakan orang kita selalu menganggap bahawa penyakit itu sebahagian dari pembersihan diri dari dosa yang dilakukan dan selalunya ungkapan diungkapkan samada olih orang umum mahupun olih alim ulama. Sejauh mana kebenaran tentang ungkapan ini hanya melalui ilmu dari Allah swt yang dapat merungkainya.

Sebenarnya penyakit.ini berpunca dari manusia itu sendiri. Kalau seseorang itu tidak mengamalkan permakanan yang baik  serta  yang memudaratkan , pasti penyakit akan menjengah.

Dan begitu juga dengan cara hidup yang tidak mengikut peraturan, inshallah bala pasti datang, begitulah aturannya yang ditetapkan Allah swt terhadap hambaNya didunia ini. Samaada kita sedar atau tidak mahupun mahu menolak ketentuann Allah swt, terpulanglah kepada manusia untuk menilainya.

Tetapi kebanyakan manusia selalu menyerahkan kesalahan ini kepada Sang Pencipta.
Apabila seseorang mendapat penyakit atau sakit mereka pasti berkata " ini ketentuan Tuhan" dan " penyakit" ini juga kehendak Tuhan ataupun " ini kada dan kadar Tuhan"

Adakah Tuhan mahu makhluknya sakit atau berpenyakit? Sudah.semestinya tidak kerana Allah swt tidak.zalim terhadap.hambanya tetapi sebaliknya manusia itu yang menzalimi dirinya sendiri.

Tuhan itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha Penyang, mustahil Allah swt akan menganiya hambaNya . Allah swt mahukan hambaNya berfikir namun berapa ramai yang mahu berfikir?

Sedarkah kita bahawa setiap hari kita sebenarnya melihat kata kata Tuhan disekeliling kita. Tetapi berapa ramai yang benar benar faham akan ayat ayat Allah swt ini ataupun tahu membacanya dan mentaksirnya ?


Setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita semuanya diterangkan sejelas jelasnya kepada manusia tetapi berapa ramai yang benar benar mahu.mengambil iktibar darinya. Untuk menyatakan semua hitam dan putih itu datangnya dari Allah swt, perlulah seseorang itu mendekatkan diri dengan Sang Pencipta..agar faham dengan nikmat yang sedang.dipeluk ini.

Setiap yang berlaku.itu ada asbabnya sendiri dan kenapa ianya berlaku.

Kalau perbuatan yang haram pun telah sama sama.dihalalkan..inshaallah..tiada lagi kerahmatan buat yang bersubahat.

             Cahaya Al Majid

Inshallah..kita akan sambung dan kupas lagi tajuk ini.








No comments:

Post a Comment