Wednesday 26 October 2016

THE PROMISED LAND : ITU RAMALAN NAJIB..TETAPI KALAU SEBALIKNYA..???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Bersediakan Kerajaan sekiranya
Keadaan jadi sebaliknya??

Manusia hanya bolih meramal tetapi ketentuannya hanya Allah swt yang tahu.

Apa yang dibentang Najib seperti yang semua tahu adalah bersandarkan dari pendapatan yang dijangka dikutip oleh Kerajaan. Dan input yang digunakan berlandaskan pendapatan yang berjaya atau diperolehi pada tahun sebelumnya.

Walaupun pada tahun pembentangan budget 2016 yang terpaksa diolah semula kerana merudumnya pendapatan Kerajaan dari hasil Petronas dan implikasinya yang menyebabkan banyak peruntukan kepada Kementerian yang terpaksa dipotong atau dikurangkan sehingga menjejaskan beberapa Kementerian namun dalam situasi itu Kerajaan tetap mengatakan semuanya terkawal yang pada hakikatnya semua itu adalah alasan yang terpakai bagi menyedapkan hati rakyat saja.

Sebelum ini juga kerajaan mensasarkan kutipan dari poket rakyat iaitu GST berjumlah 30-40 billion ringgit namun sehingga kini sasaran tersebut ternyata jauh dari sasaran. Kenapa? Rakyat dah lokek berbelanja.

Kalau dahulu setiap hari kedai makan tomyam ke, kedai mamak ke, Cafe ternama ke, selalu penuh dan sesak tetapi kini keadaan tersebut telah berubah. Hanya hujung minggu saja yang penuh sesak berbanding hari hari lain.

Kerancakan ekonomi tidak dirasakan kini oleh peniaga kecil mahupun orang ramai. Apa yang dirasakan duit yang dipegang semakin kecil nilainya.

Walauapapun yang cuba didendangkan olih Kerajaan Pemerintah tentang kelincahan ekonomi yang didakwa yang tidak akan membawa impak kepada pengguna, yakinlah..tahun yang datang bakal menyesakkan lagi kehidupan rakyat.

Suka atau tidak apa yang dijangka dan diramal olih Kerajaan pasti akan terbalik kesudahannya.

Bersedia atau tidak kemungkaran ekonomi pasti membelenggu negara ini.

              Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment