Saturday 29 October 2016

THE PROMISED LAND : HUTANG RAKYAT PASTI BERTIMBUN..

Bismillahhirrahmannirrahim.

SAMPAI LIANG LAHAT PUN TETAP BERHUTANG GARA GARA NAJIB NAK BUAT PROJEK MEGA BERPULUH BILLION.


Dizaman Najib yang serba mahal ni ditambah dengan peningkatan kos sara hidup serta dengan bertambahnya hutang negara dari tahun kesetahun yang tidak pernah susut, Najib tetap juga mahu meneruskan projek Meganya yang berbilliun harganya

Sebenarnya unjuran pendapatan dari hasil projek yang dicadangkan Najib untuk dilaksanakan ini sebenarnya indah khabar dari rupa. 

Katanya "projek ini " bakal mendatangkan keuntunganlah, menjana ekonomilah dan segala balanyalah , tetapi semuanya hanyalah gambaran untuk menyedapkan hati saja. 

Kalau 1MDB yang dikata dulu bakal menjana pendapatan yang dikata bolih membantu untuk satu cabang pendapatan negara, apa kesudahannya?
Hutang berbillion, tanah tergadai, IPP tergadai dan akhirnya..negara diketawakan ..alih alih rakyat kena GST..alasannya hasil Petronas dan komoditi merudum..

Kalau dahulu Negara China dikecam Parti Perikatan atau UMNO kerana ideologi komunisnya serta Chin Pengnya..tetapi kini..semuanya berubah..Komunis adalah punca kewangan untuk Malaysia terutama bagi Presiden UMNO.

Kalau dahulu nyawa Melayu melayang kerana ancaman Komunis dari China tetapi kini Malaysia secara suka rela dan suci hati menggadaikan tanah negara ini kepada China Komunis.

Baguslah UMNO dan tahniah Kerajaan Najib.

                 Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment