Saturday 29 October 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH 1MDB SATU PENGKHINATAN OLEH BEKAS MENTERI???

Bismillahhirrahmannirrahim.

ATAU PENGKHIANATAN KERAJAAN BN
TERHADAP NEGARA???

Salah ke kalau Ex Minister mempertikaikan 1MDB.

Dulu Najib kata hutang 1MDB tidak melibatkan duit Kerajaan hanya RM1juta saja yang diinjek kesyarikat tersebut dan kalau ikut kata Husni dia pun tak tahu apa keperluan  menubuhkan 1MDB ini.

Sebelum 1MDB meletop Muhyiddin pun tak tahu 1MDB berhutang berbillion ringģit.

Kalau syarikat 1MDB dulunya hanya tanggungan syarikat tetapi kenapa kemungkaran yang berlaku dan dibelasah olih Menteri dan Pembangkang tetapi kini menjadi kesalahan pula.

Sudahlah hutang 1MDB tersebut telah berpindah bahu dari Syarikat ikut telunjuk Najib dan kini dipaksa galas pula kebahu rakyat.  Kegilaan apa kah ini?

Memang benar Menteri diwajib menyimpan rahsia Kerajaan tetapi takkan terpaksa menyimpan rahsia atau bersubahat dengan penyelewengan yang berlaku, tambah tambah lagi yang melibatkan hutang yang terpaksa ditanggung olih rakyat.

Kalau kerajaan yang memerintah sekarang ini benar benar berani atau sememangnya diterima rakyat seperti yang diwar warkan UMNO dan setelah terjadinya skandal 1MDB ini, apakata kita buat pungutan suara, nak tengok samaada betul ke rakyat tidak terkesan dengan skandal Najib ini atau benarkan Najib dan Kabiinet UMNO dan BN nya masih diterima rakyat.

Tujuannya untuk menutup mulut pembangkang seperti yang selalu dituduh iaitu kegagalan 1MDB berpunca dari Pembangkang dan bukannya dari penyelwengan dana 1MDB.

Mengambil tindakan keatas bekas Menteri yang berjuang untuk membetulkan apa yang pincang adalah satu pengkhianat terhadap negara ini .

                 Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment