Bismillahhirrahmannirrahim.
Kemàaf jua dipohon kepada pelayar pelayar blog ini . Disebabkan kerana kekangan masa yang agak terhad kerana urusan perniagaan , inshaallah, kerana terdapat banyak isu negara yang masih lagi tergantung atau belum lagi dijelaskan secara telus kepada rakyat, inshaallah, blog ini akan terus mempertikaikan kesiputan kerajaan.
Ketika ini banyak isu yang panas terutama berhubung soal kebajikan dan kos kehidupan rakyat yang sangat terjejas dengan kenaikan kos barangan.
Dengan ketidaktentuan ekonomi serta merudumnya nilai ringgit Malaysia ditambah pula dengan hutang negara yang semakin tinggi , maka harga barangan keperluan juga semakin meningkat dan ini sekali gus mengekang rakyat untuk berbelanja dan akibatnya peniaga kecil dan juga usahawan Melayu terjejas pendapatan.
Dipersada politik pula, uncahan dan tujahan antara parti kerajaan serta parti pembangkang semakin runcing. Mengungkit kisah silam serta masuk bakul angkat sendiri adalah permainan bagi menghalalkan salahlaku namun untuk mengaku salah ..amat jauh sekali.
Kisah dana one M Dee BEE kena songlap dan dimunipulasi oleh Jho Low dan Malaysia.Official 1, langsung senyap tak berbunyi walaupun Mahkamah Singapura telah pun membukti terdapat unsur penipuan atau bersubahat.
Minggu ini kecoh lagi bila Rafizi mula berhujah bahawa kos projek MRT Najib dikata berharga 2x ganda dan termahal jika dibanding dengan projek MRT Korea. Sejauh mana kebenaran tentang kos yang dibentang Najib adalah benar..kita tunggu PRU 14.
Ditambah untuk derita pemimpin Melayu UMNO dan Kerajaan BN, kini pertikaian tentang pembelian ladang sawit oleh Felda diIndonesia dengan harga melambung tinggi seperti yang didakwa Rafizi dan adik Najib (NAZIR) menjadi hangat.
Kalau benar apa yang didakwa Rafizi dan Nazir tentang pembelian "harakiri" tersebut, inshaallah, dalam masa setahun FELDA pasti bangkrap dan terlelong.
Walauapapun cukup setakat ini dulu, inshaallah kita berbicara dipost yang lain.
Alhamdullilah..semoga semua pembaca dirahmati Allah swt.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment