Wednesday 15 February 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH JAMAL MENGATASI KUASA SULTAN,????

Bismillahirrahmanirrahim.

" KUASA  POLITIK UMNO DAH MENGGILA"


Telah termaktub dalam Perlembagaan, samaada perlembagaan tubuh negeri mahupun Persekutuan, telah mengesahkan bahawa Sultan mahupun YDP Agong adalah ketua Islam samaada bagi negeri mahupun Negara.

Tetapi apa yang terjadi kini apabila Jamal aka salah seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor telah membelakangkan Institusi Agama Islam dalam menggunakan kuasa nya sebagai seorang Ketua Bahagian UMNO dan diangkat ketulusanya  oleh Noh Omar, dalam menggunakan harta milik penganut Islam dalam menghalalkan tindakan, iaitu berdemo dengan membariskan 18 van jenazah dihadapan Pejabat SUK Selangor.

Perlu diingat Pejabat SUK Selangor ataupun melalui Kerajaan yang dipimpin oleh Azmin Ali merupakan Kerajaan yang sah dan Kerajaan yang di WARTAKAN dan disahkan oleh Institusi Sultan Selangor, iaitu melalui ,'Cop Mohor Sultan Selangor," olih itu dimana kewajaran bagi UMNO Selangor mahupun Jamal Ketua UMNO dalam menjunjung Kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor?

Lupa kah Jamal atau pun Noh Omar bahawa Sultan Selangor merupakan ketua Agama bagi negeri Selangor?

Fahamkah Jamal Ikan ataupun  UMNO ini bahawa  apa apa  perkara yang bersangkutan dengan Islam dan kemaslahatan Islam adalah dibawah kuasa Sultan?

Ataupun adakah UMNO dan Pemimpin nya telah "merampas kuasa" itu dari Sultan Selangor???

Atau sememangnya UMNO berada diatas Institusi Beraja di negara ini,???

               Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment