Wednesday 15 February 2017

THE PROMISED LAND : DAKWAAN : KES SEMASA NAJIB LWN KES ZAMAN TOK NADOK

Bismillahirrahmanirrahim.

  "BUKTIKAN KEBERANIAN"
      KERANA ALLAH SWT.

"Alang Alang menyolok perkasam biar sampai ke pangkal lengan",
"Alang alang mandi biar sampai kuyup",
Alang Alang membakar biar sampai jadi abu ".

Perumpamaan itulah yang di pegang oleh Najib dalam cubaannya untuk mencemar nama baik Dr Mahathir, yang kini amat lantang bersuara demi kesalahan dana Rm2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi Najib yang pada awalnya dinafikan oleh Najib, tetapi pembohongan itu tidak boleh menutup kebenaran kemasukkan dana keakaunnya'.

Tak dapat tanduk telinga dipulas, begitu lah perumpamaan yang boleh dizahirkan apabila  UMNO dan Kerajaan Najib gagal untuk menutup mulut ataupun mengekang terjahan Dr Mahathir terhadap salah laku Presiden UMNO itu.

Bersandarkan dari apa yang telah berlaku dibawah pentadbiran Najib ,  dimana seluruh rakyat sedang merana kerana kenaikan harga barangan, meningkat nya kos sara hidup ditambah pula dengan cukai GST yang menjerat leher rakyat sama ada yang susah, miskin mahupun yang kurang upaya termasuk lah kelompok gelandangan,. dan semuanya terkesan mahupun terbeban, semua nya gara gara nilai ringgit kita merudum kerana lunturnya  keyakinan negara luar terhadap kepimpinan negara ini, maka Dr Mahathir atau PPBM telah bergabung dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menyelamatkan negara ini dan sekali gus menumbang kan Kerajaan Najib iaitu UMNO dan BN dan itu telah mengerunkan Najib dan UMNO.

Bersandarkan dari apa yang sedang berlaku ini maka cara terbaik yang dilihat atau di rasakan oleh Kem Najib yang di rasa dapat meredakan tujahan Dr Mahathir adalah dengan "mengungkit' semula kisah 25 tahun dahulu.

Tujuannya hanya satu saja iaiti bagaimana nak mengait kan Dr Mahathir dengan Kes Forex Bank Negara.

Sebenarnya Dr Mahathir tiada ketakutan langsung sekiranya kes ini mahu di korek semula waima siasatan diraja pun tetapi kes dana 1MDB  SRC KWAP Felda mahupun kerugian TABUNG Haji juga sepatutnya di siasat ,kerana semua dana ini adalah milik rakyat.

Oleh itu siasatan badan bebas perlu dibuat .

Kalau kes  Forex dahulu telah pun di bentang dan diadakan kertas putih perkara yang sama juga perlu dibuat demi mencari kebenaran terhadap apa yang dituduh dan didakwa berlaku dibawah pemerintahan Kerajaan Najib ini.

Kalau Najib dan Kabinet nya merasa kan tiada kesalahan pernah dilakukan maka arahkan agar semua entiti tersebut disiasat seadil adilnya oleh entiti bebas .

Adakah NAJIB seberani Dr MAHATHIR ,,?










No comments:

Post a Comment