Wednesday, 15 February 2017

THE PROMISED LAND : UMNO BUKAN LAMBANG ISLAM TETAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

MERUPAKAN LAMBANG KERAKUSAN SERTA KETOLOLAN MELAYU  YANG MENYIMPANG DARI AJARAN SEBENAR AL QUR'AN SERTA SUNNAH RASULLULLAH SAW.

Cara , adap, percakapan dan perbuatan Pemimpin UMNO dan PAS  sedikit pun tidak melambangkan keindahan Islam mahupun ajaran agama Islam.

Corak yang dilakukannya oleh Pemimpin kedua dua Parti yang majoriti nya mengaku Islam ini adalah sebenarnya menyimpang jauh dari apa yang telah diajar ataupun yang telah di sunnah kan oleh Baginda Rasulullah SAW.

UMNO  , parti yang mengaku mengangkat Islam dan katanya berpegang teguh dengan ajaran Islam tetapi pada masa yang sama seluruh barisan pemimpin nya berserta seluruh anggota ahli nya menghalalkan pembohongan, penipuan, pencurian, serta penindasan.

Kezaliman serta kerakusan dalam menindaskan rakyat amat ketara bilamana semua golongan masyarakat termasuk yang miskin, susah , hina dan dina serta penerima zakat termasuk yang cacat mahupun kurang upaya dipaksa membayar cukai GST.

Apakah Kerajaan sediaada tidak memahami ajaran Islam seperti yang difirmankan ALLAH SWT didalam Al Quran?

Tidakkah kategori manusia ini telah disebut didalam Al Quran. Dan kenapa golongan ini diwajib kan untuk membayar cukai GST kepada Kerajaan?  Kezaliman apakah ini?

Atau telah miskin sangatkah Kerajaan yang mengaku menjunjung Al Quran dan Sunnah ni?

Kesusahan yang ditanggung rakyat kini sebenar nya berpunca dari kesalahan pemerintah yang menzalimi perintah Allah SWT dalam kegagalan menegakkan suruhan Tuhan tetapi pada masa yang sama terpengaruh dengan bisikan atau ajakan Syaitan yang menyesatkan.

Kebenaran dikeji tetapi kemungkaran dipuji .

                   Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment