Monday 13 February 2017

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG TAUBAT???UMNO ATAU PAS

Bismillahirrahmanirrahim.

           MENGKAFIR
                   VRS
   BOHONG & PENYELEWENGAN
 

Bertaubat adalah perkara yang dituntut Allah SWT .
Bertaubat bermaksud " berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang dilarang Allah SWT " samaada kecil mahupun besar.

Sebelum PRU 13  Parti PAS telah berulang kali mengkafirkan seluruh ahli UMNO samada yang berjawatan Presiden sehingga lah ahli ahli biasanya.
Berbagai fatwa atau ungkapan dari Presiden PAS mahupun dari Mursyidul nya,menganggap selain dari fahaman PAS adalah *sesat".

Begitu lah taksubnya pemimpin PAS dalam usahanya untuk memenangi hati pengundi Melayu terutama di Kelantan', Terengganu mahupun Kedah dan termasuk sebilangan kecil dari Selangor mahupun di Perak.

Tetapi kini setelah ketiadaan arwah Nik Aziz, semua fatwa yang pernah dilabelkan terhadap UMNO dan juga pemimpin UMNO termasuklah batang tubuh Presiden UMNO tidak lagi "seharam" dahulu. Kenapa agak nya ya??

Apa  yang dapat disaksikan kini, Pemimpin PAS dan UMNO seolah-olah sudah sekapal atau sehaluan. Apa sudah jadi???

Siapa yang bertaubat ni ,PAS ke UMNO?

Kalau di amat amati secara halus, nampak nya PAS yang dilihat " tertaubat sendiri" , bukan mereka yang bertaubat atas kerelaan sendiri.

Persengkokolan PAS  dan menghalalkan skandal terbesar dunia iaitu 1MDB serta "derma" Rm2.6 Billion serta Rm 40 jutA dari SRC yang masuk keakaun peribadi Presiden UMNO, bukan lagi haram bagi PAS.

Kalau nak kata UMNO yang bertaubat mungkin tidak. Sebabnya seluruh ahli parti nya menghalalkan semua pembohongan yang dilakukan oleh Presiden serta Ahli Majlis Tertingginya.

Apa yang kita nampak kesalahan dua dua pihak amat ketara sekali. Menggunakan agama demi kelangsungan kuasa amatlah ketara sekali.

Apa yang pasti kedua dua parti ini tidak pernah memohonkan kemaafan terhadap kesalahan masing masing.

                Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment