Sunday 12 February 2017

THE PROMISED LAND : NAJIB CUBA MENAKUT NAKUTKAN PILIHAN RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Antara ayat yang dilempar kepada rakyat sewaktu lawatan ke Alor Setar Kedah.

1."Dengar guruh dilangit, air tempayan jangan dicurahkan'.

2. "kita kena lihat siapa yang mampu membuat perubahan dalam negara"

3. "apa yang kami waris daripada kepimpinan sebelum ini'

4. "Arab Spring"

1. Menggambarkan seolah-olah apa saja yang dijanjikan oleh oleh seteru politik Parti Pemerintah , adalah janji manis saja atau janji palsu. Itu yang di angkat peribahasa Melayu tu.

Tapi kali ni Najib tak salah sebut lagi seperti mana yang pernah di ungkap dahulu " kembang kan layar dan labuh kan sauh'.

Tetapi sebenarnya Kerajaan Najib lah yang sebenarnya nya yang selalu menabur janji manis. Kalau dahulu mereka mengatakan bahawa dengan GST harga barangan akan menjadi murah dan rakyat tidak akan terbeban tetapi apabila kuasa ditangan perkara sebaliknya berlaku.

Semua subsidi untuk rakyat ditarik atau dihapuskan , alih alih siapa yang susah, tidakkah rakyat?

Yang paling menyakitkan hati apabila ada kata kata menteri Najib yang sememang nya dungu, kalau ikan mahal beli lah ayam, kalau. Tol mebebankan gunalah jalan lama , adakah patut seorang Menteri berkata macam tu. Memang "samdol _betul Menteri tu.

2 dan 3.  Najib beranggapan bahawa selain dari Kerajaan BN , tiada kemajuan dan pembaharuan boleh dicipta oleh pihak pembangkang.

Adakah Najib lupa bahawa Selangor dan Pulau Pinang juga telah mengecapi kamajuan dan perubahan juga telah berlaku. Bermacam macam Kerajaaan 2 negeri pembangkang ini telah melalui beberapa prasa perubahan dan negeri ini juga maju jika dibandingkan dengan negeri negeri lain.

Lupa kah Najib bahawa Dr Mahathir lah yang telah mencorakkan masa depan negara ini dengan cemerlang dan lupa kah Najib bahawa apa jua pembangunan yang diwarisi negara kini bermula diera Dr Mahathir? Kejayaan yang mana satu mahu Najib nafikan???

Tetapi perubahan yang amat nyata sekali diera pemerintahan Najib adalah bertimbun nya hutang negara, lemahnya nilai matawang, berlambak penyelewengan , rasuah, ampu bodek, pemakan dedak dan yang paling teruk dan yang membebankan adalah kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang tinggi yang tidak sepadan dengan pendapatan.

Adakah itu yang mahu dibanggakan olih Najib????

4. Adakah akan terjadi Arab Spring sekiranya pembangkang berjaya menguasai KERAJAAN?

Kemungkinan dengan bertukar nya Kerajaan yang sedia ada kepada Pembangkang, mungkin UMNO saja yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan berkemungkinan mereka memulakan strategi Arab Spring adalah besar. Seperti mana  Kerajaan Najib dan UMNO berselindung disebalik NGO Jamal Ikan Bakar, dan itu tidak mustahil dilakukan.

Walauapapun ayat ayat  Najib cuba
menakut nakut  rakyat dan apa yang keluar dari mulut Kerajaan Najib mahupun pemimpin UMNO dan BN, insahaallah, rakyat sudah pandai menilai dan dah mula serik dengan janji janji manis Kerajaaan Najib dan UMNO, yang semua nya berkiblatkan, bagaimana caranya untuk membuat kan rakyat bayar apa yang diperolehi.
Mengambil dari poket rakyat waima dari orang susah sekali pun adalah "wajib", itulah Kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Jadi apa nak takut, pilih lah Kerajaan  yang benar benar berjuang untuk kesenangan rakyat. .
Diera Dr Mahathir memerintah negara ini aman dan makmur dan ekonomi rakyat pun baik dan ekonomi negara pun bertambah baik.

TETAPI diera Najib ni  kehidupan rakyat bertambah sengsara dan pemimpin pemimpin Kerajaan Najib tidak bersimpati langsung dengan kepedihan rakyat.
Pemimpin hidup senang lenang dan kekayaan mereka ditayangkan kepada rakyat.

Walaupun Kerajaan mengatakan ekonomi negara ini baik dan meningkat namun hasil nya tidak dirasai oleh rakyat tetapi sebaliknya subsidi untuk rakyat dan orang Melayu sudah dihapus.

BERGEMBIRA kah kita sebagai anak Melayu di bumi sendiri?????

                  Cahaya Al Majid





No comments:

Post a Comment