Thursday 16 February 2017

THE PROMISED LAND : EKONOMI NEGARA NAIK TETAPI ,RAKYAT MACAM DAH NAK MATI

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah Najib , kerana pengumuman tentang skor ekonomi 2016 berada pada paras 4.5 peratus dan Najib mengatakan ekonomi negara adalah sihat dan sekali gus menepis tohmahan yang mengatakan bahawa negara ini akan bengkrap.

Telah berulang kali Najib mewarwarkah bahawa ekonomi negara ini stabil dan tidak bermasalah tetapi adakah angka atau peratusan yang di tunjukkan itu sebenar benarnya mengambarkan kerancakkan ekonomi poket rakyat?

Apa benar kah ekonomi rakyat negara ini sihat dan tidak bermasalah,?

Apa benarkah rakyat' tidak terbeban dengan ekonomi sekarang ini?

Atau adakah rakyat sedang senang lenang?

Apakah faedah nya bila ekonomi negara sihat seperti yang didakwa Najib sedangkan kos penghidupan dan harga barangan melambung tinggi.

Kalau benarlah ekonomi negara ini sihat dan tidak bermasalah tetapi kenapa nilai ringgit kita masih lagi lemah berbanding negara jiran?

Apa rasionalnya mengaku ekonomi negara sihat sedangkan rakyat dalam kesusahan.

Atau Najib berbangga rakyatnya hidup dalam kedaifan agar mudah untuk di cucuk hidung?

                    Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment