Wednesday 22 February 2017

THE PROMISED LAND : RAKYAT SENGSARA TAK PA, ASALKAN KERAJAAN NAJIB TAK SENGSARA

Bismillahirrahmanirrahim.

"BALA BERPANJANGAN
TANDA KEMURKAAN"

Najib hari ini mengaku bahawa cukai GST yang dikenakan terhadap rakyat amat bermanfaat kepada Kerajaan pimpinannya.

Cukai GST RM 41 Billion yang berjaya di kelepet dari poket seluruh rakyat negara ini lah sebenar benarnya yang menghidupkan keseluruhan pengekonomi negara ini.

Kalau dahulu poket Kerajaaan terisi melalui keuntungan Petronas namun kini Petronas adalah sejarah .

Itulah Kerajaan Barisan Nasional yang dibertunjangkan UMNO , di waktu Allah SWT berikan kelepangan rezeki yang mencurah curah samada dari hasil tanah mahupun laut, tetapi, kemungkaran, penipuan, salah guna kuasa dan menipu orang Melayu dijadikan budaya.

Akibatnya Allah SWT murka dan ditimpa nya bala dinegara ini bertalu tali. Segala hasil masyul nya yang dahulu amat bernilai, kini dah mula merudum. Nak salahkan siapa???

Masih tidak mahu mengaku  sendiri, sebaliknya menyalahkan orang lain.

Lihatlah kerana pemimpinnya masih lagi berpaksi kan kepada kemungkaran yang dihalalkan oleh seluruh ahli nya maka, azab Allah SWT datang dari berbagai arah.

Sebenar nya ALLAH SWT sedang menduga umat Islam dibumi bertuah ini, samada masih mahu mempertahankan kemungkaran yang dilakukan oleh Ulil Amri nya mahupun Khalifahnya ataupun oleh para Ulamanya.

Selagimana tiada perubahan dan selagi kemungkaran para Pemimpin nya tidak berubah dan disokong oleh orang yang ramai, selagi itu "melapetaka' atau 'bala" Allah SWT tidak akan berhenti.

Perhatikanlah satu demi satu malapetaka menghujani bumi ini, itu tandanya kerahmatan Allah SWT tidak lagi menaunginya bumi ini.

Selagi Khalifahnya mendabik diri , selagi Ulul Amri nya dalam kelalaian dan selagi Ulamanya menghalalkan kemungkaran zahir dan batin selagi itulah kemusnahan bakal berpanjangan.

            Cahaya Al Majid






No comments:

Post a Comment