Tuesday 21 February 2017

THE PROMISED LAND : TOLONG JANGAN SELEWENG AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim.

POLITIK BUKAN JAMINAN
KE SYURGA PILIHAN ANDA,
TETAPI
NERAKA ADALAH PASTI


Islam itu sempurna dan ajaran nya meliputi untuk semua manusia malahan hukuman Allah SWT yang dianjurkan dalam Al Quran tidak ada yang bersifat berpilih pilih. Hanya manusia saja yang manipulasi ajaran dan hukuman Allah SWT.

Malah Allah SWT berjanji bahawa setiap manusia yang bertaubat dan menyesali perbuatan nya akan diampunkan dosa dosa nya.

Perlu kita imbas Firman Allah SWT yang menceritakan tentang kisah Nabi Musa .A.s sebelum baginda diangkat sebagai Nabi?

Baginda Musa a.S  pernah membunuh seseorang namun ALLAH SWT tidak pun melaknat Baginda tetapi sebaliknya nya Allah SWT mengangkat Baginda sebagai Nabi .
Tidakkah kisah ini menjadi tauladan dan peringatan bagi kita.

Begitu juga dengan kisah Nabi Ayub apabila Baginda terjebak dalam kisah mencabut undi bagi menentukan siapa yang terpaksa dicampak ke laut.

Tidakkah kisah ini juga memberi peringatan dan pengajaran kepada kita?

Adakah Allah SWT bersifat kejam dan menghukumnya terhadap hamba hambanya.

Pintu taubat sentiasa dibuka buat hamba nya, kenapa, agama yang syumul ini mahu ditentukan kan hala tujunya oleh manusia sedang kan manusia itu sendiri tidak boleh menjamin bahawa dirinya akan kesyurga .

 Allah SWT tidak pernah menghukum tetapi sebaliknya mahukan hambanya kembali kejalan yang diredai seperti yang difirmankan didalam Al-Quran.

Kenapa ALLAH SWT memberi pilihan kepada manusia?  Samada baik mahupun sebaliknya. Apa yang Allah SWT tekankan adalah 'keadilan' . Bagaimana keadilan itu dapat di adili dan ditimbang.

Adakah hukuman yang cadang PAS atau Hj Hadi perjuangkan itu benar benar mencerminkan kehendak Al Quran?

Adajah dengan Menghukum sebat sehingga 100 kali, jel 30 dan denda 100 ribu dapat menjamin bahawa manusia itu akan beriman ?

Yang paling utama adalah menyampaikan keindahan kata kata Allah SWT kepada mereka yang belum beriman kepada ALLAH swt dan Al Quran samaada melalui perbuatan mahupun pertontonan akhlak yang baik .

Selagi agama pilihan Allah SWT, iaitu Islam tidak dapat disampaikan dan diterima seikhlas nya oleh semua manusia dibumi ini, maka, hukuman berpilih pilih kepada umat Islam dan bukan Islam, tidak boleh dilakukan.

Allah SWT telah berjanji bahawa  Al Quran adalah untuk manusia. Oleh itu menjadi kewajipan bagi umat yang mengaku Islam ini untuk menyesuaikan agama yang syumul ini kepada yang bukan Islam.

Riak ,takbur , bongkak dan sombong amat dibenci Allah SWT,  selagi sifat itu masih lagi membengkak dalam diri , jangankan hukum Allah SWT yang hendak didirikan malahan hukuman terhadap anak sendiri dan keluarga pun belum tentu boleh ditegakkan.

Wahai manusia cermin lah diri anda.

                Cahaya Al Majid







No comments:

Post a Comment