Saturday, 15 April 2017

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI TANDA RAHMAT ATAU KIAMAT???

Bismillahirrahmanirrahim.

          BAHAGIAN I

Dunia sudah tidak menentu. Bukan saja manusia yang merasakan tempiasnya malahan seluruh isi alam ini terganggu kelancarannya.

Kerana kecelaruan hati hati manusia yang menghuni bumi ini samaada yang beragama Islam mahupun bukan Islam, oleh kerana ketaksuban dalam menjuarai kelompok sendiri , siapa benar dan siapa salah atau agama mana lebih berketerampilan dan benar benar mencerminkan kehendaki Tuhan menjadikan manusia berpuak puak dan bermusuhan sesama sendiri.

Persengketaan tentang siapa yang  lebih mengikut kehendak agama atau sebaliknya dijadikan ukuran dalam setiap tindakan.

Apa saja tindakan yang dilakukan terhadap diri seseorang mahupun bangsanya, alasan suruhan agama adalah alasannya.

Tidak ada satu agama pun agama didunia ini menghalalkan pembunuhan . Tetapi kerana ketaksuban serta kekeliruan dalam memahami kitab masing masing telah menjadi kan bumi ini seolah olah tempat penyembelihan.

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membenci atau memerangi agama lain. Malahan difirmankan juga oleh Allah SWT agar tidak mengeji  atau mengajuk Tuhan agama lain. Dan perbuatan ini sememangnya dilarang.

Tetapi pada prasa terakhir ini perkara banding membanding diantara agama semakin memuncak.

Diburukkan lagi kini terdapat kelompok kelompok ekterimis agama memainkan isu yang membakar hati penganutnya dan keadaan ini dilihat semakin hari semakin panas dan mengusarkan.

Tetapi apa yang paling ketara adalah penghinaan terhadap umat Islam. Berkurun lamanya umat Islam tidak pernah menjebakkan diri dalam apa jua konflik dengan agama lain.

Kalau satu masa dahulu kebanyakan negara negara Islam ini pernah dijajah olih bangsa Eropah namun persengketaan atau permusuhan ketika itu tidak lah membabitkan pegangan agama tetapi lebih kepada mendapat kan hasil bumi nya saja.

Umat Islam atau agama Islam bukan punca tercetus nya Perang Dunia 1 mahupun 2, tetapi dicetuskan olih bangsa Barat yang mahu mencengkam kuasa sesama mereka atau bahasa mudah nya siapa yang lebih kuat .

Cuma Perang yang di ulang ulang bagi menaikkan semangat bangsa Eropah  dalam mendendami umat Islam adalah Perang Salib. Itu pun pada kurun ke 11 yang berebutkan bumi Pelastin dimana kekalahan tentera Salib itu dijadikan semboyan atau dendam sehingga kini.

Sebenar Umat Islam selepas era Khalifah tidak lagi berperang kerana persengketaan agama. Peperangan kecil kecilan selepas itu hanyalah peperangan mempertahankan negara saja dan tidak melibatkan agama ataupun mempertaruhkan agama.

Sebelum keruntuhan Empayar Ottoman Kerajaan Pimpinan Islam amat jitu dan di segani tetapi kerana kelalaian harta dunia serta riak dan lupa diri maka empayar itu runtuh kebumi.

Hanya penyembelihan atau pembunuhan umat Islam secara terancang hanya berlaku di.Bosnia .Dan peperangan ini adalah diantara umat Islam Bosnia dan Serbia tetapi negara Islam lain tidak terjebak sama

Tetapi kini umat Islam dijadikan korban bagi memenuhi impian kuasa kuasa besar . Hanya kerana ketakutan akan sejarah lampau berulang maka memburuk kan imej Islam  dan penganutnya dijadikan ajenda utama agar umat Islam dilihat sebagai pengganas atau extremis.

Kini kerajaan yang diterajui.olih orang Islam dipandang serong serta dicurigai. Melemahkan pemimpim pemimpin Islam serta kerajaan yang memerintah dilakukan secara berkumpulan.

Lihat apa yang berlaku di Timur Tengah. Libya,.Mesir ,Sudah, Palestin, Iraq, Afganistan, Yaman dan Syria, semuanya hancur. Bukan ribuan malah jutaan rakyat terkorban. Adakah kematian ini kerana agama?? Tidak. Tetapi kerana hasil bumi dan kepentingan politik blok Eropah yang gagal dibaca olih pemimpin . Makanya rakyat dan negara dijadikan taruhan.

Tetapi yang sedih nya ada juga dikalangan Pemimpin Negara Islam yang  bersubahat dalam pembunuhan ini.. Tetapi pemimpin Islam ini tetap menafikan. Begitu lah.

Kini  ancaman akan berlakunya perang antara kuasa kuasa besar dunia sedang meniti.

Kalau sebelum ini negara Teluk dijadikan sasaran tetapi kini negara yang tidak sehaluan dengan Amerika iaitu Korea Utara pula jadi sasaran.

Walaupun kita tahu bahawa Korea Utara merupakan sebuah negara berfahaman komunis seperti juga Negara Tembok Besar iaitu China, namun, kerana kekuatannya ketubukkan tentera nya serta pemilikan misil nuklear yang diakui sendiri olih Pyongyang maka kegusaran akan meletusnya peperangan sangat membimbangkan dunia dan juga kita.

Peperangan atau percaturan yang tidak dijangkakan ini merupakan satu sejarah moden sekira meletus peperangan. Pemilikan senjata senjata moden dan terkini menjadi pertaruhan bagi kedua dua pihak.

Walaupun selama ini kekuatan sebenar Korea Utara tidak pernah dibuktikan namun melalui parade yang ditonjolkan pada hari ulang tahun 105 Pemerintahan Korea Utara semalan ternyata sekali senjata yang dipertontonkan amat mengerunkan sama ada kepada kita mahupun penentangnya.

Adakah peperangan yang berlaku ini membuktikan bahawa apa yang diramalkan oleh pengkaji pengkaji Kitab Lama.Atau Bible itu benar benar akan terjadi atau adakah mereka sengaja aturkanya demi menafikan kebenaran Al Quran ?

                     BERSAMBUNG

                     Cahaya Al Majid











No comments:

Post a Comment