Bismillahirrahmanirrahim.
PELANDUK LUPAKAN JERAT
CUKUP CUKUP LAH
TAK MAHU TERJERAT LAGI
Najib dah mula bersuara dan dah mula menggerakkan para suruhan nya bagi melawan musuh politiknya. Bermula dengan mengangkat Hishamuddin sebagai Menteri Tugas Tugas Khas dan kini diikuti digemparkan dengan tentera siber pula.
Dengan menghadiahkan handphone kepada askar askar siber troppernya maka dijangkkan bahawa kemeriahan alam siber pasti meledak.
Namun sejauh mana keberkesanan atau keampuhannya askar ini mengolah situasi atau dapat mematah atau mengelirukan pegangan musuh Najib terhadap isu yang membelenggu diri Najib , hanya masa bakal menentukan keberkesananya.
Tetapi apa yang berlaku ini adalah tanda tanda bahawa keberkesanan tentera siber alam maya.UMNO atau tentera elit siber Najib dahulu tidak berjaya mematahkan hujah sebenar yang masih lagi berselirat membaluti diri Najib dan juga UMNO yang gagal dicerahkan sampai.kini.
Dari pengalaman lampau apa yang dapat dilihat dari komen.komen yang diutarakan oleh tentera siber Najib mahupun UMNO kebanyakkannya tidak banyak yang menjawab persoalan tetapi selalumya akan melampiaskan kata kata cacian dan makian serta unsur copy paste.
Membatalkan hujah dengan fakta gagal dilakukan tetapi apabila terjerat dengan soalan maka caci maki dan menghina dijadikan senjata.
Persediaan bagini menandakan bahawa PRU 14 bakal menjadi satu medan perang siber yang hangat dan dijangkakan bahawa peperangan diantara tentera siber berbayar akan berhadapan dengan para siber yang berdiri atas kehendak sendiri bakal meletup.
Walauapapun buat mereka mereka yang berjuang diatas nama menegakkan kebenaran demi membentis kebhatilan yang telah dihalalkan oleh kelompok Pemerintah, namun kerja sukarela tanpa tuan ini adalah lebih murni dan mulia.
Bukan bertujuan kita untuk memecahkan belahkan masyarakat atau mengelirukan fikiran rakyat tetapi berjuang demi menyedarkan rakyat dan menyelamatkan masa depan negara ini dari terjerumus ke lembah hutang yang membebankan cucu cicit serta menghalang manusia yang berpakaian ulama dari menggunakan agama untuk kepentingan diri serta yang menyesatkan umat merupakan ajenda utama.
Suka atau tidak ini merupakan sebuah perjuangan yang wajib buat setiap jiwa yang sedang dibebani dengan bermacam macam hutang diatas setiap bahu dan jiwa rakyat negara ini.
Cukup cukup lah dengan kata kata manis Pemimpin yang menjerat.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment