Bismillahirrahmanirrahim.
LIDAH TAK BERTULANG ADAKAH
ITU.ALASANNYA??
Menuduh dan dituduh, mana satu yang lebih berat.
Hari ini Presiden PAS Hj Jadi memaafkan keterlanjuran akbar Nanyang Siang Pau kerana telah melakarkan diri beliau serta lakaran Speaker iaitu Amin Mulia yang bertujuan menyindir dalam bentuk cartoon.
Kerana kesalahan itu, seluruh ahli Parti serta pemimpin PAS amat marah dan terkesan . Bukan saja PAS yang melenting malahan rakan rapat PAS iaitu UMNO juga melenting sekali kerana mengheret Speaker.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap kerterlanjuran serta kebiadapan surat khabar ini. Dan difahamkan bahawa akbar ini adalah milik sekutu BN iaitu MCA.
Dengan menonjolkan sikap seperti seorang yang bersifat pemaaf serta merasa diri seakan akan seorang yang berintegriti dan bersifat mulia namun kesalahan besar yang pernah mengkhafirkan orang lain, pernah kah beliau memohon kemaafan???
Hari ini seluruh Ahli UMNO termasuk para para pemimpin tertinggi nya, telah menerima kepimpinan PAS seadanya.
Walaupun Hj Hadi yang pernah berfatwa dengan mengkhafirkan seluruh ahli UMNO kerana tidak sefahaman dengan Hj Hadi dan PAS namun kerana ingin menggapai kuasa dalam.PRU 14 UMNO dan seluruh ahli nya sanggup menerima panggilan kafir keatas diri mereka.
Nampak nya UMNO Kafir ( bak kata Hj Hadi ) dan PAS yang mengafirkan UMNO , sudah menjadi teman sebantal apabila dakwaan RM90 juta daripada Najib kepada PAS telah terbongkar.
Walaupun penafian telah dibuat namun menafi secara lisan tidak dapat diterima olih masyarakat .
Nampak nya keseragaman antara PAS dan UMNO telah nyata. Dan kini UMNO juga ingin menjuarai isu isu Islam seperti yang dibawa dan diusul olih PAS.
Samaada rakyat marhean dapat menerima atau tidak kedua dua parti politik ini hanya PRU 14 adalah jawapanya.
Sebagai kesimpulan, tubuh badan yang mengkafir orang lain sanggup memaafkan mereka yang memonyetkan diri nya tetapi sanggupkah tuan yang punya badan dan parti nya yang mengkafirkan orang lain sanggup memohon maaf kerana keterlanjuran lidah lidah mereka.
Cahaya Al Majid
As salam tuan,
ReplyDeleteOrang umno marah paper cina tu bukan pasal Hadi dimonyetkan, mereka marah Speaker dimonyetkan..
Orang pas marah paper cina tu sebab hadi dan pendekar bloodyfool disamatarafkan seperti monyet, bukankah darjah Presideng mereka lebih tinggi..
Hadi maafkan paper cina tu sebab nak simpati undi cina.. Tahukah Hadi, majoriti undi cina adalah penyokong DAP, takkan PAS tak segan silu nak terima undi penyokong DAP (?)
Jangan lupa Harakah juga pernah menghina Ibrahim Ali dengan karikatur katun Kelab Katak.. Bab label dan menghukum. PAS paling dihadapan
Assalam Tuan,
ReplyDeleteAku tertarik bila dikenang kembali kisah mengkafir UMNO ini. Aku anggap fatwa Tuan Guru Hj. Hadi itu masih kekal lagi. Seingat aku Tuan Guru tak pernah batalkan fatwanya. Dan nampaknya UMNO pun selesa dan pastinya akur dengan fatwa itu. Aku cakap begitu kerana kedua pihak masih saling bekerjasama.
Baguslah begitu, masing-masing tahu dan akur dengan status yang diberi oleh Tuan Guru itu. Mungkin benar UMNO itu kafir. Melihat perkembangan semasa pun memang tidak ada kecelaruan dengan segala tindak tanduk yang dilaksanakan oleh pemimpin2 tertinggi UMNO kini. Sokongan UMNO kepada RUU 355 pun nampaknya condong ke arah itu.
Mungkin Tuan Guru Hj. Hadi menganggap UMNO ini KAFIR DHIMMI. Boleh dibuat kawan, diberi bantuan, dan juga menerima bantuan.
Hal maaf memaaf tu hanya sandiwara politik saja. Monyet mana tahu beri maaf, nak marah bila diusik taulah. Itu yang dizahir oleh pengikut2 PAS.
Berapa juta agaknya umat Islam di negara Malaysia sekarang ini Tuan? Risau hati aku...
Salam. Yang mengaku umat Islam ramai tetapi yang benar benar ikut sebenar benar sunnah Rasulullah..Mungkin tak ramai
Delete