Bismillahirrahmanirrahim.
"ADAKAH KITA TERJEBAK'
Dunia para anbia telah lupus kuasa. Yang tinggal hanyalah Iran saja. Namun negara ini yang di tuduh sebagai negara yang berfikiran dan berpendirian Syiah yang mana kebanyakkan amalanya dikata kan berbeza dengan negara Islam lain namun pada hakikatnya Allah SWT adalah Tuhan yang di sembah.
Arab Saudi , Jordan ,Oman mahupun Kuwait semua nya telah tunduk atau tertindik hidung nya atau telah pun berpindah kiblatkan ke negara kebarat samaada Eropah mahupun Amerika.
Perkara ini bukan baru tetapi telah berakar umbi lamanya. Pemimpin pemimpin Kerajaan ini telah lama melutut mahupun bersengkokol dengan barat dalam menghancur kan negara saudara mereka sendiri dan ada diantara nya menjadi batu api pula.
Walauapapun yang telah berlalu dan terjadi semua itu tidak dapat merubah landskap masa depan untuk di perbaiki. Semuanya ibarat nasi dah jadi bubur. Sudah terlewat untuk menyesali.
Kini apabila maruah Islam telah dicemari dan dituduh sebagai penganutnya agama pelampau, bukan saja umat Islam di timur Tengah yang terkesan malahan umat Islam serata dunia terpalit sama dengan pandangan ini.
Memang benar penganut agama Kristian yang paling ramai pengikut lebih kurang 2.5 billion orang berbanding umat Islam yang hanya ada seramai 1.5 billion umat, tetapi umat Islam tidak memerangi mereka.
Apa yang berlaku hanyalah puak puak yang berdendam dengan kuasa besar seperti Russia, Eropah dan Amerika yang telah menghancur kan negara negara mereka seperti Iraq, Afganistan, Libya mahupun Syria.
Pengeboman dan pembunuhan secara berskala besar menyebabkan keluarga mereka terkorban bukan saja tentera malahan orang awam dan kanak-kanak turut terbunuh sama dan inilah puncanya dendam itu tidak terpadam.
Tetapi Allah SWT itu maha adil dan saksama. Sebelum ini hanya negara Islam dijadi kan sasaran kerana kelemahan serta keegoan pemimpin.tetapi kini negara yang berakarkan keturunan Cina iaitu Korea Utara di jadikan asbab untuk pengakhiran dendam umat Islam terhadap kuasa Besar.
Namun beranikah negara Barat terutamanya Amerika yang berseteru secara terangan dengan komunis Korea Utara berani bertindak sepertimana mereka memperlakukan terhadap negara Islam??
Korea Utara telah berulang kali melakukan perlanggaran roket bilastik serta pengujian bom nuklear serta mereka mengaku bahawa mereka memilikinya senjata tersebut.
Kini Amerika di bawah Presiden Donald Trump . Apa yang difikirkanya hanyalah untuk kepentingan rakyat Amerika dan apa saja keputusan nya ,tetap AMERIKA .
Walaupun ramai jiran atau sahabat Amerika tidak sehaluan dengan pandangan Trump, apakah sekira Amerika memulakan peperangan dengan Korea Utara ini maka negara sekutu Amerika akan terlibat sama?
Para pengkaji agama Kristian mengandaikan bahawa peperangan ini tidak dapat dielakkan dan pasti tercetus . Melalui ramalan ramalan yang dikaji dari kitab lama mahupun dari ramalan Nostadamus yang mereka percayai , peperangan ini adalah tanda tanda akan munculnya 'Anak.Tuhan " yang dinanti.
Sebab utama perang ini mesti berlaku adalah kerana Jesus Christ yang mereka dakwa sebagai Tuhan mahupun Anak Tuhan akan turun bagi menyelamatkan manusia.
BERSAMBUNG
CAHAYA AL MAJID
No comments:
Post a Comment