Tuesday, 18 April 2017

THE PROMISED LAND: BAHAGIAN III : AKHIR ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

,'ADAKAH KITA AKAN MENANGIS'

Israel merupakan sebuah negara yang kecil dan terpencil tetapi dikelilingi olih negara negara yang bertunjangkan Islam.

Sememangnya dari dahulu negara Israel ditubuhkan atas ehsan barat serta Amerika namun diatas rasa bersalah dan simpati atas kekejaman tenteta Nazi terhadap bangsa Yahudi  ini maka membantu serta menyalur dana permulaan digiatkan kepada bangsa ini.

Kini Israel sudah berupaya untuk berdiri diatas kaki sendiri . Kegigihan bangsa dalam mengharungi kisah kisah lampau amat memeranjatkan.

Dengan menjadikan sekutu rapat nya iaitu negara barat serta Amerika sebagai tunggak maka keganasan serta pembunuhan  terhadap musuh musuh dijadikan keutamaan.

Kalau diikutkan susur galurnya, Bangsa Yahudi dan Bangsa Arab adalah dari rumpun yang sama namun kerana keegoan diri para pemimpinnya yang telah mendapat pengiktirafan dari seluruh warga Eropah serta Amerika telah membuatkan mereka lupa diri serta angkuh.

Kini Yahudi sedang membina Third Temple nya yang dirasa kan akan dapat mengembalikan kembali roh bangsanya yang hilang kerana merasakan bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih.

Kalau diteliti dari sejarah silam agama yang hadir  dan yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul selepas Nabi Noh adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Dan semua tahu bahawa Nabi Ibrahim a.s mempunyai dua putera iaitu  Nabi Ismail dan Nabi Ishak manakala Nabi Yaakub. adalah putera kepada Nabi Ishak.

Tetapi bangsa Yahudi meyakini bahawa keturunan Israel bermula dari Nabi Ya'akub dan bangsa Yahudi menganggap nya sedemikian dan itulah permulaan nya Bani Israel.

Sebelum lahirnya Nabi Isa a.s tiada satu pun agama yang dinamakan Kristian. Yang ada cuma lah Tuhan Tuhan kepercayaan dari Raja Herod. Hanya selepas ketiadaan Nabi Isa a.s barulah agama ini timbul itupun sempena kepercayaan mereka bahawa yang mati disalib itu adalah Anak Tuhan mereka iaitu Jesus.

Kita lupakan sejenak kisah ini.

Kini seluruhnya umat Kristian menyakinkan bahawa Tuhan mereka atau Jesus Christ bakal turun untuk menyelamatkan dunia dan saat saat penantian itu bakal hadir apabila Perang Besar tercetus.

Perang yang di kata atau yang ditakrifkan sebagai ibu segala peperangan adalah perang dunia ketiga . Tetapi siapa dan kenapa perang itu meletus dan sebabnya terjadinya perang tidak pula ditakrifkan . Cuma apa yang dibuat hanyalah ramalan atau agak agak saja.

Senjata yang hilang:-

Antara sedar atau tidak terdapat banyak manusia sedang menggunakan sihir. Dan kebanyakkan sihir atau yang dipanggil silap mata atau apa saja takrifannya , semua itu sedang menular dan diaksikan di serata dunia.

Tetapi apa yang ditonjolkan dikhalayak ramai kebanyakkannya hanyalah yang ringan ringan saja cuma terdapat beberapa orang saja yang dikata kan hampir menyerupai  ala ala "mukjizat" .

Buku sebenar telah pun ditemui dan sebahagian dari mantera mantera itu sedang diuji kaji keberkesanan terutama tentang dunia ghaib dan kelebihannya.

Memenefaatkan dua dua ilmu itu iaitu ilmu alam nyata dan ghaib amatlah berlebihan tetapi apa.yang pasti menggunakan untuk mempengaruhi manusia yang lemah keimanan pasti di cubai.

Umat Yahudi sedang mengkaji begitu juga dengan penganut Kristian. Pencapaian yang dilihat terkehadapan dalam isu ini adalah penganut Kristian berbanding Yahudi.

Yahudi lebih pentingkan hubungan bangsanya  dengan Tuhannya berbanding hal yang remeh temeh ini tetapi tidak kepada umat Kristian.

Olih sebab itu bangsa Yahudi terlebih sensitif dengan tanah air mereka. Walau seinci pun tanah yang mereka miliki cuba di rampas nescaya peluru berpandu pasti di lepaskan.

Mereka berpegang kepada janji dan perintah Tuhanya , darah dibalas darah dan sekiranya negaranya.diperangi olih sesiapa saja dan kalah ditangan mereka maka " harta rampasan" iaitu tanah milik musuh nya adalah menjadi hak milik mereka.

Itulah yang dipegang dan diimplementasikan keatas tanah Palestin atau keatas tanah sesiapa saja.

Dalam kelompok yang lain pula seperti bangsa yang berakar umbi dari bangsa Cina serta bangsa India , kedua.dua.bangsa ini tidak merujuk atau menyembah pada tuhan yang satu.

Tetapi lebih menjerumus kepada kepercayaan terhadap dewa dewa dan dewa ini dijadikan penolong untuk menuju kepada yang mereka sembah.

Dari kelompok yang lima itu, Yahudi , Nasrani atau Kristian dan Islam berputikan agama dari Nabi Ibrahim walaupun Islam mengangkat Nabi sebelumnya adalah Islam namun bagi Yahudi permulaan mereka adalah Yaakub manakala bagi Kristian Nabi Isa adalah anak Tuhan yang dijelmakan sebagai manusia sedangkan bangsa Yahudi sama-sekali menolak pegangan dan kepercayaan  itu dan Yahudi hanya berpandukan kepada kitab asal Musa a.s iaitu Taurat.

Apakah kena mengenanya dengan bangsa Melayu atau bumi nusantata ini iaitu Malaysia Indonesia , Brunei mahupun semua kepulauan yang berumbikan Melayu dan apakah kesan terhadap peperangan ini serta adakah mainan sihir itu atau terkesan pada kita  atau adakah kita akan meraikan 'Jesus ' yang turun dari ' langit" atau akan tergadai kah keimanan kita?

Nantikan....

                   BERSAMBUNG
                 CAHAYA AL MAJID







No comments:

Post a Comment