Tuesday, 18 April 2017

THE PROMISED LAND: PERDANA MENTERI YANG MEMALUKAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

   "TIDAKKAH ANDA JUGA MALU??'

Negara ini telah diketuai olih lima orang Perdana Menteri sebelum Najib Razak. Mereka terdiri dari Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Perdana Menteri pertama sehinggah lah keperdana Menteri kelima sebenarnya tidak banyak membawa banyak implikasi buruk terhadap negara dan juga terhadap rakyat.

Dan diantara yang paling banyak dan yang paling ketara akan jasanya kepada negara ini adalah Dr Mahathir.

Semua tahu bahawa beliau seorang yang lantang apabila menyentuh tentang perihal nasib dan masa depan negara termasuklah tentang membela nasib umat Islam yang ditindas.

22 tahun memerintah dengan berbagai liku dan onar namun martabat dan maruah negara amat dijunjung tinggi . Dan diera beliaulah UMNO berpecah dan diharamkan namun kehidupan rakyat amat selesa dan tidak tertekan.

Setelah penyerahannya kuasa kepada Tun Abdullah atau Pak Lah , berbagai mimpi buruk terhadap negara ini mula tercetus sedikit demi sedikit .

Bermula dengan "geng"  Budak Tingkat Empat mula berkuasa dan menjadi buah mulut rakyat mahupun Pemimpin UMNO lain yang diketuai olih menantu beliau Khairi Jamaluddin atau KJ, maka bermula lah episod baru dalam corak pemerintahan Pak Lah.

Namun hakikat ini dinafikan olih Pak Lah  namun kerana kegagalan Pak Lah yang dilihat terlalu terikat dengan karenah Geng Tingkat Empat sehingga kan seluruh kepimpinan UMNO menentangnya maka gerakan menurunkan Pak Lah digerakkan.

Disangka kan Muhyiddin yang dipilih tetapi Pak Lah memilih Najib Razak sebagai calon pengganti nya dengan restu serta sokong Dr Mahathir.

Namun pemilihan terhadap Najib yang dibuat dengan tidak berhati hati dan pemilihan yang tidak di rujukan kepada rakyat atau Ahli UMNO keseluruhanya  terlebih dahulu telah memakan diri mereka sendiri.

Kini Najib yang dipilih secara pukul rata olih pemimpin UMNO mahupun bekas Presiden UMNO telah menjadi duri dalam daging kepada negara dan juga orang Melayu sendiri.

Satu persatu skandal yang melibatkan diri Najib dipentaskan bukan saja dalam negara malahan diluar negara juga nama nya terukir dan ini memberi implikasi negative terhadap maruah dan  ekonomi juga terjejas sama.

Skandal  pembunuhan Altantuya dan pembelian Scorpene.
Skandal dana KWAP
Skandal 1MDB
Skandal penjualan tanah milik negara serta penjualan IPP kepada China Komunis dan beberapa lagi.

Tetapi yang malangnya bukan saja Najib di cela tetapi nama negara kita juga terheret sama . Pemerintah nya digelar sebagai KELEPETROKASI olih dunia luar.

Kalau dahulu kita hanya mendengar Presiden Marcos mahupun Presiden Suharto saja yang rasuah dan melingkupkan ekonomi negaranya tetapi kini perkara itu terjadi didepan muka rakyat negara ini.

Najib dituduh menyonglap dana milik negara melalui terbitan sukuk 1MDB serta dana KWAP. Kedua dua dana milik entiti ini dibuktikan money trail Yang dibuktikan masuk terus keakaun peribadi Najib Razak.
Walaupun dibuktikan dan akan didakwa di mahkamah luar negara seperti Amerika Swiss mahupun Singapura namun Najib memberi alasan bahawa dana itu.bukan untuk kepentingan peribadi dan dana UDD681 juta itu adalah derma dari Putera Arab.

Bukan saja skandal diri beliau didedahkan malahan skandal isteri dan anak tiri beliau juga telah meranap kan lagi imej negara ini.
Memiliki beg tangan serta jam tangan ratusan ribu serta pembelian hartanah ratusan juta Amerika dan pembikinan filem separa porno olih anak tiri Najib juga membusukkan lagi imej negara serta agama yang dianuti iaitu Islam.

Namun semua kesalahan yang dilakukan olih isteri dan anak tirinya tidak satu pun dinafikan sendiri olih Najib cuma macai macai UMNO dan mereka yang rapat dengan beliau saja yang cuba menafi kan.

Ini adalah diantara beberapa skandal yang membaluti diri Perdana Menteri keenam Malaysia.yang viral di alam.maya seluruh dunia.

Bukan nak mengata tetapi ini adalah hakikat yang perlu dihadap olih rakyat Malaysia yang bet Perdana Menteri kan Najib Razak dari UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Sehingga bila rakyat negara ini sanggup 'mendukung biawak hidup" dan menyusahkan diri , terpulanglah.

Allah SWT berfirman ' Aku tidak akan merubah nasib kamu melainkan kamu.yang sanggup merubahnya sendiri'

Rezeki itu dicari dan bukan dinanti.

Kalau sanggup berubah maka selamatlah kamu selamanya seperti mana Bani Israel membangunkan negara nya dari tiada sehingga berjaya dan berkuasa.

Semuanya terpulang kepada diri anda untuk merubah nya.
Adakah tanah tumpahnya darah anda akan jadi milik orang.

KUASA DITANGAN ANDA.

             ...Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment