Bismillahirrahmanirrahim.
Nampaknya ahli parlimen yang dipilih rakyat bagi mewakili suara mereka diParlimen nampaknya gagal berfungsi seperti yang diharapkan.
Apa yang dilihat kebanyakkan Ahli Parlimen yang dipilih ini hanya mentingkan status dan gaji free saja. Memperjuangkan akan kesusahan atau bebanan yang ditanggung rakyat nampaknya tidak sepenuh hati.
Kata kata "memperjuangkan hak rakyat' hanyalah retorik saja . Sehingga kini belum terlihat lagi kelibat seorang Ahli Parlimen yang benar benar sanggup bermati-matian matian atau bersungguh sungguh dalam membela apa yang dirasai olih rakyat.
Kalau Ahli Parlimen parti pemerintah jangan cakap.lah...Sememangnya hampeh.
Tetapi bagi.puak Pembangkang pula samada PAS mahupun Pakatan, apa yang dilihat usaha mereka hanya sekadar melepas batuk ditangga.
Kalau untuk Anwar Ibrahim sanggup pula Ahli Parlimen Pembangkang terutama PKR berkumpul beramai-ramai sambil pasang lilin sampai tengah malam bagi menunjukkan solidariti dan sokongan terhadap Anwar Ibrahim
Begitu juga dengan PAS, sanggup pulak berhimpun beribu ribu orang di Terengganu semata mata hendak menunjukkan kekuatan atau kesepakatan walaupun niat tersirat mereka adalah untuk memperlihatkan solidariti ahli mereka disamping cuba untuk melekeh kepimpinan BN mahupun PKR dan sekutunya terutama terhadap Dr Mahathir.
Sanggup pula mereka berembun?
Kalau dihisap, apakah menafaat dan faedah secara langsung yang dapat dirasai rakyat terhadap tindakan mereka itu?
Bukan kah lebih baik sekiranya Pakatan dan PAS berganding bahu dalam ajenda membela nasib rakyat yang semakin terdesak kini.
Sepatutnya dengan segala kenaikkan serta ketidak tentuan ekonomi masakini sepatutnya dua puak ini bolih bersama sama menekan kerajaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Nampak nya ajenda rakyat bukan lagi keutamaan buat mereka tetapi gaji FREE serta elaun sebagai Ahli Parlimen adalah terlebih utama.
Kepada rakyat buatlah renungan sendiri samaada Ahli Parlimen Kerajaan mahupun Ahli Parlimen Pembangkang, kedua dua pun sama .
Apa yang utama buat mereka adalah ' kuasa" dan kuasa itu adalah " wang ringgitnya'.
Nampak nya hanya Dr Mahathir dilihat amat komited dengan apa yang cuba dilakukan untuk rakyat..
Walaupun ramai yang tidak bersependapat dengan Dr Mahathir namun sekurang-kurangnya usaha beliau dalam memperjuangkan rakyat dan negara serta mahu mengembalikan maruah yang tercemar perlu di sokong oleh seluruh rakyat.
Dakwaan beliau mahu jadi PM semula atau mahu mengangkat Mukhriz jadi PM ataupun mahu menyelamatkan kroni adalah omongan kosong belaka.
Cahaya Al Majid
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ReplyDeleteAmat bersetuju dengan penulis. Saya ni tidaklah pandai sangat senario serta evolusi sosio-politik-ekonomi negara ini secara rinci. Tapi memang mengikuti secara "surface" melalui bacaan akhbar dan media sosial.
dahulu sekitar tahun 70an, 80an and 90an, perjalanan Demokrasi dan permainan politik "rasanya" tidaklah KACAU BILAU seperti sekarang. Saya AMAT YAKIN dan percaya pada perjalanan Perlembagaan, Fungsi Parlimen dan Dewan Rakyat, penguatkuasaan undang-undang dan keadilan.
Segala macam Ketidaktentuan atau CHAOATIC semua perkara saya sebutkan tadi hanya berlaku dalam FILEM HINDI AND TAMIL sahaja. Tapi sekarang baru saya sedar, SEMUA YANG BERLAKU dalam FILEM HINDI dan TAMIL sekitar tahun 70an sehingga 90an berlaku di MALAYSIA sekarang ini. Tiada siapa dan agensi yang boleh diharapkan. Wallahuaklam.
Wsalam. Berserah tanpa ikhtiar tidak digalakkan dalam Islam. Berikhtiar kemudian berserah adalah yg.paling mulia. Semuanya bermula dengan kita kemudian serahkan kepada Allah SWT menentukan.
DeleteKebangkitan kesedaran Islam tampak lebih ketara sekarang sekurang kurangnya fizikal dari segi berpakaian atau menutup aurat....
ReplyDeleteTapi di mana silapnya keruntuhan rohani dari segi akhlak dan amanah kini dilakukan secara terbuka tanpa segan silu lagi...
Dulunya cash is king di kalangan sahabat dicurah untuk jalan Islam tapi hari ini cash is king diraih dan dicurah melalui penggubahan jalan haram.