Bismillahirrahmanirrahim.
TAK HABIS HABIS NAJIB NI..
Kerugian serta hutang berpuluh billion ringgit terbitan 1MDB adalah tanggungjawab Najib.
Kerugian berpuluh billion FELDA sebab penyenaraian saham FGV juga tanggung jawab Najib.
Kehilangan hak keatas tanah FELDA yang diberikan PA olih Pengerusi FELDA yang "meletup" kini juga dibawah tanggungan Najib.
Kerugian dalam membeli dan menjual beberapa buah hotel di Kota London milik FELDA juga dibawah tanggungan Najib.
Pembelian beberapa buah apartment kediaman olih MARA yang dianjurkan harga pembelian yang melebihi harga pasaran dan dijual pada harga kerugian di Australia juga dibawah tanggungjawab Najib.
Kenapa Najib terlalu culas dalam memberi kebenaran kepada Pengerusi yang beliau pilih sendiri untuk mengetuai GLC milik Melayu ini terus dirompak semahunya?
Dan yang terkini adalah dana China pula digunakan untuk melunaskan bayaran IPIC yang terhutang dan dikhabarkan sebagai pulangan terhadap pemberian tersebut , semua hartanah milik 1MDB samada di Pulau Pinang, Pulau Indah serta beberapa keping lagi hartanah disekitar Kuala Lumpur juga telah diberikan kepada China termasuklah tanah Lapangan Terbang Sungai Besi.
Berbaloikah tindakan Najib ini ?
Hanya kerana mahu menyelesaikan hutang yang di ciptanya sendiri melalui 1MDB, maka, harta negara dijadikan"galang ganti" atau 'ufti" kepada China sebagai pulangan.
Adil kah buat rakyat dan negara?
Berapa banyak harus digadai olih Melayu UMNO demi mengekalkan NAJIB??
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment