Saturday, 23 December 2017

THE PROMISED LAND : KESABARAN DITAHAP MERBAHAYA.

Bismillahirrahmanirrahim.

SALAH LANGKAH ...PUNAH!!

Tentang kestabilan dan keselamatan negara sememang dari dahulu sehingga kini tiada yang berubah. Semuanya pada kadar biasa dan tiada yang luar biasanya kalau mahu diukur.

Negeri Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor yang diperintah olih Parti Pembangkang pun selamat dan sejahtera juga kerajaanya. Malahan rakyat pun tidak pernah menghuru-harakan kerajaan.

Untuk Kerajaan mendabik dada akan ketenteram ini berpunca dari Pemerintahan nya amat jauh sekali.

Kerana, sememangnya sifat rakyat Malaysia ini bukanlah kelompok yang suka cari gaduh mahu pun cari  pasal cuma sedikit peningkatan kadar jenayah disana sini, sememangnya tidak dapat dielakkan, kerana mungkin kerana kesesakan ekonomi sendiri atau keluarga ataupun gangsterisme.

Tetapi sekiranya penguatkuasa samada Polis mahupun badan keselamatan yang lain , dari pangkat tinggi hingga kebawah kalau tidak terlibat dengan "suapan' atau " rasuah" untuk mengisi perut sendiri mahupun berkumpulan inshaallah, ketenteraan awam dan keamanan pasti terkawal.

Olih itu apa yang berlaku bukanlah kerana hebatnya system kerajaan dalam memerintah mahupun bermaruahnya kerajaan yang sedia ada, akan tetapi kerana patuh nya rakyat Malaysia terhadap undang undang,  itu yang sebenar-benarnya melegakan kerajaan.

Akan tetapi sejak kebelakangan ini, situasi melaga laga atau menjebakkan rakyat kepada situasi panas yang dicetuskan olih ahli politik nampak nya semakin ketara dan membimbangkan.

Tuduh menuduh,keji mengeji, hina menghina serta mengungkapkan segala perkataan tidak elok terpacul di mulut pemimpin.

Bohong, tipu dan segala putar belit dalam menghalalkan perbuatan dan salah laku sendiri mahupun kelompok sendiri dilakukan secara terangan olih orang politik. Namun untuk mengakui salah sendiri ,jauh sekali.

Samaada Pemerintah mahupun pembangkang segala tingkah laku mereka sedang diperhatikan olih rakyat secara dekat.

Kerana perbalahan dua pihak ini yang sebenarnya tidak menguntungkan rakyat namun segala salah laku Pemerintah amat ketara ketika.ini.

Salah guna kuasa dan salah guna wang yang dikutip kerajaan melalui cukai  amat jelas kini. Namun tindakan membenteras yang dilakukan hanya sekadar melepas batuk di tangga.

Dan ini mengusarkan rakyat marhean.

Tetapi kali ini kesabaran rakyat sedang teruji samaada rakyat bolih  menerima segala " cemeneh" kerajaan atau sebaliknya hanya keadaan bakal menentukan.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment