Bismillahirrahmanirrahim.
MANA PILIHAN & TIADA PAKSAAN
Siapa mubaligh dan siapa pula pendakwah. Ada yang mengatakan bahawa usaha sebagai mubaligh dan usaha sebagai pendakwah adalah serupa.
Tetapi sedar atau tidak bahawa gerakan mubaligh ini selalunya bergerak secara sendirian dan tidak berkumpulan dan kebanyakkanya usaha ini tidak digembar gemburkan dan pergerakan mereka selalunya tidak dapat dikesan akan keberadaanya.
Berbezanya dengan kelompok pendakwah ini . Pergerakan mereka selalunya dalam berkumpulan dan diketuai olih seseorang yang dipanggil ketua.
Kebiasaannya kumpulan pendakwah ini dinaungi oleh kelompok kelompok tertentu samaada Pertubuhan bebas kerajaan mahupun kelompok tertentu yang berdaftar mahupun yang tidak berdaftar.
Gerakan golongan ini kebanyakkanya mensasarkan rumah rumah ibadat seperti surau mahupun mesjid mesjid atau persatuan persatuan penduduk serta komuniti yang "terkepung'.
Golongan pendakwah ini pula banyak dibarisi olih pendakwah pendakwah yang bergelar "ustaz" , mahupun terdiri dari pegawai pejabat Agama sendiri mahupun orang perseorangan yang dilihat popular dan akan kecondrongan dalam hal hal mengolah permasalahan tentang agama.
Text ceramah mahupun pengisiannya kebanyakkanya disampaikan hanya berkisarkan kepada masaalah yang diketahui sendiri olih masyarakat seperti kisah kisah nabi, tentang hukum, dan yang berkaitan dengan seruan dalam kepentingan beragama serta menyeru masyarakat kearah kebaikan.
Tetapi golongan sasar mereka adalah golongan dari kaum penganut agama mereka sendiri saja.
Namun uniform pendakwah ini selalunya berjubah , berserban, berketayap, mahupun berpakaian kurta.
Namun ada juga personaliti yang menyampaikan ceramah ceramah ini berpakaian serba lengkap seperti berbaju Melayu dan beruniform ala ala "Arab" ini dikenakan samaada mengikut kawasan mahupun persekitaran.
Tetapi amat berbeza dengan "mubaligh". Antara mubaligh mubaligh yang amat 'ketata" keberadaannya dalam masyarakat adalah kelompok 'tabligh".
Tetapi kelompok "tabligh' ini, pakaian dan uniform mereka amat mudah dikenali akan penampilannya. Kebanyakkan dari mereka selain dari pakaian "kurta'nya, namun seluar yang dipakai hanya setakat atas buku lali yang tidak bercorak.
Dialis mata mereka, selalunya mengenakankan celak hitam.
Cara pendekatan mereka terhadap masyarakat Islam adalah mengunjungi rumah rumah dan mengajak masyarakat untuk bersama sama mereka untuk menghadirkan diri dimesjid samaada untuk sama sama berjemaah mahupun untuk mendengar kuliah yang di sampaikan oleh ketua ketua mereka.
Dan kelompok inilah yang paling banyak keluar meninggalkannya kaum keluarga . Ada yang berbulan bulan atau setidak tidaknya 40 hari dalam perjalanan berdakwah ini.
Bagi dua kelompok ini iaitu "Pendakwah bebas "dan "tabligh' ini , sasaran mereka adalah dari kelompok umat Islam sendiri. Amat jarang atau tidak pernah sekalipun 'pendakwaahan" secara terbuka dilakukan kepada penganut agama lain dilakukan dinegara ini.
Belum sekali pun kita dengar penceramah penceramah mahupun para para tabligh ini menwar war kan kepada penganut agama lain secara "open" untuk mereka sama sama menyertai program berbentuk ilmiah yang mereka kendalikan ini.
Kenapa?
Adakah dakwahan hanya untuk umat Islam saja?
Bukankah penganut agama lain selain Islam adalah agama atau kepercayaan terlebih sesat seperti yang dijanjikan olih Allah SWT.?
Kenapa kebenaran kata kata Allah SWT seperti yang diimani sepenuh hati dan penuh keyakinan ini tidak mahu disampaikan kepada bukan Islam?
Bukankah usaha "mendakwahan" terhadap mereka mereka yang belum mengangkat Allah SWT sebagai Tuhan itu terlebih utama berbanding dari mengajak umat Islam yang sememangnya "bersahadah" dan mengakui bahawa Allah SWT adalah sebenar benar Tuhan.
Oleh itu dimana keutamaan kita yang dikategorikan olih Allah SWT sebagai hamba-Nya? dalam menyampaikan kebenaran akan kata kata Nya kepada umat manusia?
Alhamdullilah, tiada satu pun kategori diatas saya tertakluk didalamnya samada sebagai pendakwah mahupun sebagai kumpulan "tabligh".
Apa yang saya lakukan sebagai "makhluk" yang dijadikan olih Allah SWT yang ditakrifkan hanya sebagai "hamba" , seperti telah yang difirmankan dalam beberapa surah Al-Quran terhadap setiap jiwa yang diciptakan Nya, maka menyampaikan kebenaran akan kata kata Nya kepada mereka yang belum mengangkat atau mengambil Allah SWT sebagai Tuhan yang selayaknya disembah adalah keutamaan .
Alhamdullilah, tugas yang diamanahkan tetap dan masih di teruskan walaupun berbagai rintangan atau kekangan datang sileh berganti.
Olih itu tuan tuan tanyalah diri sendiri, adakah tuan tuan ini selayaknya dipanggil " Tuan" atau adakah tuan tuan ini hanya " "hamba" kepada Tuhan yang selayaknya manusia itu hanya sebagai hamba "tebusan sampai "mati'".
Fikirkan, renungkan dimana keberadaan kita sebenar benarnya disisi Allah SWT.
Ada tiga kelompok yang dinyatakan Allah SWT.
Golongan kiri Nya kah,
golongan dikanan Nya kah, atau golongan yang keberadaan yang sisi Nya kah?
Pilihan ditangan kamu? Kata Allah SWT.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment