BETULKAN PERSEPSI.
Dunia dan alam maya ciptaan Allah SWT ini sememangnya tiada garisan ataupun tiada garis pembahagi yang terlihat olih mata manusia.
Tetapi sebenarnya pembahagi mahupun garis pemisah itu sebenarnya ujud melalui kejadian Allah SWT sekira nya manusia itu mengerti bahasa Tuhan.
Allah SWT menjadikan manusia itu bersuku suku dan berbangsa bangsa dibumi ini untuk kamu saling kenal mengenali sesama kamu.
Dan sekiranya seseorang manusia itu adalah seorang pengkaji mahupun orang awam yang mengerti akan bahasa bahasa Tuhan, niscaya garis persempadanan diantara kamu atau kaum kamu , sudah pasti ini akan dapat membuktikan bahawa garis itu sememangnya wujud dan tergaris tanpa disedari.
Warna kulit samada putih,hitam mahupun coklat adalah jalur yang paling nyata akan garis sempadan nya ditambahkan lagi dengan bahasa yang dituturkan menjadikan lagi barisan barisan itu semakin terang dan dikasarkan lagi garisan itu dengan petak petak dialek bahasa serta suku dan yang terakhirnya dibundarkan melalui pegangan dan kepercayaan agama masing masing.
Tidak kah itu garis persempadanan atau jalur jalur pembahagian yang Allah SWT gariskan sesama kamu?
Namun persempadanan itu kini sudah semakin lenyap sedikit demi sedikit dan pemisahan itu kini menjurus kepada menjadi satu.
Perkahwinan campur antara kulit putih dengan kulit hitam dan kulit coklat dengan kulit putih serta sebaliknya menjadikan kejadian itu semakin terarah kesatu arah yang Allah SWT tetapkan. Namun garis bahasa dan dialek bukan lagi pemisah diantaranya.
Namun dalam pemisahan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku itu hanya kepercayaan dan pegangan agama saja yang masih membezakan.
Tetapi Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa tetap dalam perancangan dan ketentuanNya dan hanya Dia saja yang tahu pengakhiranya.
Walaupun berbagai "clue" atau " kata kias" Nya telah di firmankan melalui kitab kitabnya yang telah diturunkan kepada hamba pilhannya namun untuk manusia atau umat nabinya untuk memahami seratus peratus ketepatan seruan isi kandunganya amatlah diragui.
Perancangan hari Kiamat mahupun liku liku yang menjurus kepada terjadinya Kiamat telah pun dinyatakan dengan terang seperti yang termaktub didalam kitab Al Quran , tetapi penceritaan mahupun jangkamasa bila akan terjadinya peristiwa tersebut " diselindungi' dari pengetahuan makhluknya.
Hanya peringatan Allah SWT dalam surah Al-Anbiya ayat 95- 97 tentang Yaajud dan Maajud saja yang terang dan nyata yang disorotkan buat peringatan semua manusia tentang akan terjadi nya permulaan hari Kiamat.
Al Qamar ayat : 1
Telah dekat datangnya kiamat .Maka terbelah lah bulan
Al Arafah 7/187
Pengetahuan hari kiamat adalah sisi Allah SWT, dan kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya.
Untuk itu segala apa yang telah berlaku dan yang telah dan sedang berlaki kini tentang kemunculan akan tanda tanda yang dikata sebagai tanda akhir zaman tidaklah boleh dijadikan sebagai hujah 'soheh" jika Al Quran dijadikan pegangan dan ikutan.
Untuk itu berserah dan melakukan perkara kebaikan demi suruhan Allah SWT serta contohan diri Rasullulah saw sebagai cerminan diri dalam perlumbaan membina diri sebagai umat Muhammad terpilih adalah satu tuntutan.
Menunggu ,menanti dan mencari tanpa berusaha memperbaiki diri adalah satu kerugian.
Cahaya Al Majid

No comments:
Post a Comment