Bismillahirrahmanirrahim.
BUKAN MENGUNGKIT KISAH SILAM
RAKYAT TAK UNTUNG PUN
SEPATUTNYA FIKIRLAH MACAM
MANA NAK SELESAI MASAALAH RAKYAT
INILAH JADINYA BILA MANA PEMIMPIN
HANYA PENTING KUASA BERBANDING
KEMASLAHATAN RAKYAT.
Yang rakyat kisahkan adalah kepedulian Kerajaan Najib untuk menurunkan kos sara hidup dan menurunkan harga barangan dan keperluan seperti kediaman mampu milik dan pulang pekerjaan untuk rakyat dan bukan mengungkit kisah 30 tahun dahulu yang tak mendatangkan hasil buat rakyat.
Perkara pokok adalah kemaslahatan kehidupan rakyat buat semua kaum.
Ini tidak ashik ashik menyelongkar kisah lama yang tak membawa faedah pada kehidupan rakyat .
Kalau benarlah UMNO Najib dan kerajaan nya ambil peduli akan wang rakyat yang hilang atau yang tak tahu ke mana, galilah 1 MDB ke, Felda ke, Felcra ke atau mana mana yang bermasalah tu.
Harta harta pembelian MARA pun termasuk sekali.
Kalau benarlah kerajaan yang memerintah ini sebenarnya BERINTEGRITI dan telus serta beramanahlah.
Kalau pemimpin pemimpin nak menyamun ke, nak melingkup ke atau nak menggadai ke negara ini atau nak pemimpin nak membuang Raja pun rakyat tak kisah, tetapi, jangan menyusahkan kehidupan rakyat sudah lah..
Dahlah Kau orang hidup dalam kesenangan dan kekayaan kau orang bolih menampung 7 keturunan, tetapi, kami rakyat??
BERSENGKANG mata kena buat dua tiga kerja..
Ini tidak hidup anak bangsa pun susah, semua nya bercukai tetapi hasil cukai tak tahu entah kemana.
Hutang negara bertambah dari.hari kehari.
Kalau dah tahu nilai duit dah merudum dan ekonomi pun tak serancak seperti yang digambarkan, tanggunhkanlah dahulu projek mega tu. Tak perlu pun terburu buru.
Stabilkan dahulu kehidupan rakyat yang sedang sesak ini.
Bila dah ada dana lebih nanti, buatlah apa nak buat, rakyat pun tak kisah. Ini tidak semua nya nak buat serentak, macam negara ni banyak sangat duit.
Dah lah "BUDGET" pun belanjawan difisit tapi masih nak berlagak macam dalam kantung ada "beratus billion dollar".
Ini satu lagi celaka punya pemimpin Melayu. Ada saja "akal jahat" pemimpin UMNO untuk menjerat rakyat untuk membayar bermacam macam cukai pulak. Tak ke gila namanya tu!!!
Dah lah segala subsidi ditarik dikenakan pula GST dan ada hati pulak nak mengcukai atau mencuri duit jemaah umrah dan Ziarah melalui IMAMS, apa punya giler la kerajaan ni.
Nampaknya pahala dosa atau kebajikan rakyat bukan keutamaan Kerajaan UMNO Najib lagi untuk diperjuangkan melainkan hanya 'poket rakyat" saja yang mereka mahukan.
Giler punya Kerajaan Najib.
Kalau bagini la modus operandinya Kerajaan UMNO Najib, tiada lagi sebaik doa buat mereka, melainkan, kehancuran parti UMNO saja yang perlu didoakan oleh rakyat.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment