Wednesday, 20 December 2017

THE PROMISED LAND: UMNO BUKAN LAGI MUSUH PAS

Bismillahirrahmanirrahim.

ANGANAN CINTA PAS MUSNAH MACAM
KISAH SILUNCAI DENGAN LABUNYA.

PAS tidak lagi bersekutu dengan PKR dan DAP dalam mendepani PRU 14 yang akan datang.

Terungkai dan berkecai sudah persefahaman yang dikenal sebagai Pakatan Rakyat yang diketuai sendiri olih Arwah Nik Aziz mewakili PAS, PKR diketuai olih Anwar Ibrahim dan DAP diketuai olih Lim Kit Siang.

Kelompok pemimpin yang disingkir PAS ketika kalah dalam pemilihan pucuk kepimpinan telah mengakibatkan perpecahan dalam parti PAS .

Kerana didakwa terdapat ajenda peribadi dalam kelompok elitis PAS ketika pemilihan terdahulu, maka kelompok yang tidak sealiran dengan tindak tanduk pucuk pimpinan parti maka ramai dikalangan ahli parti PAS keluar dari parti dan menubuhkan pula parti PAN atau Amanah dalam meneruskan perjuangan mereka.

Antara nama nama besar pemimpin PAS yang disingkir antaranya  Mat Sabu, Mahfuz, Khalid Samad, Hanipah dan beberapa tokoh lagi termasuklah Raja Bahrin dan Mujahid .

Mungkin kerana kelantangan suara mereka berbanding Nik Amar ataupun Tuan Man Tuan Ibrahim dalam menghentam UMNO dan Barisan Nasional yang mungkin tidak digemari ataupun tidak sehaluan dengan pandangan Presiden PAS iaitu Hj Hadi maka, mencantas "pucuk pucuk" yang dilihat sebagai "racun" terhadap kelompok Presiden maka, mengenepikan mereka adalah jalan terbaik .

Diera saf kepimpinan baru ini, cara PAS tidak lagi dilihat sebagai kelompok pembangkang sebenar. Tindak tanduk kepimpinan PAS sekarang dilihat amat mesra dengan UMNO malahan memusuhi pula pihak pembangkang iaitu PKR dan DAP dan terkini PPBM pula.

Segala tindak tanduk kepimpinan PAS ketika ini bolihlah diterjemah sebagai "rakan bersekutu" buat UMNO tetapi tidak mesra kepada MCA, MIC mahupun komponen lain dalam Barisan Nasional.

Kini keakraban kedua dua Presiden iaitu Presiden Parti iaitu PAS dan Presiden Parti UMNO semakin terserlah keintimanya.

Mungkin inilah ajendanya kenapa Presiden PAS untuk tidak mahu ada pemimpin  "suara lantang" dalam PAS  lagi kerana ini akan memudahkan  usaha Hj Hadi  dalam " menjalin ikatan mesra dengan pemimpin UMNO.

Dari apa yang dilihat akan strategi sebenar Hj Hadi , tindakan beliau sebenarnya telah meletakkan kedudukan PAS di Kelantan dalam keadaan bahaya sebenarnya.

Walaupun Ahmad Yaacob dan Nik Amar mentadbir Kelantan secara "back to back's melalui  jurumudi nya ' Hj Hadi's yang berpangkalan dari Terengganu namun kelemahan PAS  amat terserlah diKelantan masa ini.

Sebenarnya keputusan "mutlak" buat negeri Kelantan bukan berpusat di Kota Bharu tetapi ianya berpusat dari Terengganu, itulah yang terjadi kini.

Suara suara pemimpin PAS Kelantan yang satu masa dahulu amat lantang menentang keputusan UMNO dan BN kini "suara suara" itu telah tenggelam dan ghaib semuanya termasuklah suara dari anak Allahyarham Nik Aziz sendiri.

Segala tindak tanduk parti pemerintah bukan lagi keutamaan buat PAS untuk bantah malahan menyokong dan berkecuali dalam beberapa isu penting juga dilihat menjadi amalan PAS diera Hj Hadi ini.

Kenapa dan mengapa PAS berubah versi ataupun sememangnya pemimpin PAS "telah disunatkan' olih UMNO dengan dakwaan RM90 juta, belum dapat dipastikan lagi

Tetapi mengubah pegangan dan pusingan 360 darjah kini telah berlaku.

Walauapapun segala tindak tanduk PAS yang amat yakin akan menjadi King Maker dalam PRU nanti , sebenarnya PAS akan bertukar menjadi "joker' pula pada PRU 14 nanti.

Angan angan Mat Jenin.

PAS akan menang sorak tetapi PAS Kelantan bakal tergadai kerana kebodohan sendiri. Jadi lah macam kisah Pak Kaduk.

Cahaya Al Majid.









1 comment:

  1. PAS terperangkap dengan mainan mereka sendiri, di awalnya bukan tidak ada yang sedar keugamaan Hadi sekadar topeng..tetapi akhirnya mereka gunakan topeng yang sama demi kekal berpengaruh..

    Kenapa Hadi masih dikekalkan..kawan² di Terengganu memberi pendapat, mereka sedar kepincangan tetapi mereka terpaksa menjaga martarbat status dan title "Tok Guru"..once Hadi gagal, ia akan merendahkan maruah semua yang bergelar "Tok Guru".

    Kefahaman inilah yang menyebabkan walau cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap..semua lobai² ini masih diterima.

    ReplyDelete