Bismillahirrahmanirrahim.
Laungan suara pemimpin UMNO semakin menyakitkan telinga dan bolih membuatkan telinga menanah bilamana diulang ulang setiap hari.
Slogan demi bangsa dan agama itulah temanya dalam cubaan sekali lagi dalam helah untuk menyunting hati hati Melayu marhean.
Dari dahulu hingga sekarang itulah yang diulang ulang walau pun pada hakikatnya,hak milik bangsa Melayu telah banyak yang digadai demi kelangsungan kuasa dan kekayaan kaum kerabat mereka.
Namun dalam cubaan pemimpin UMNO untuk menyakinkan pengundi Melayu Islam, sekali lagi, terutama tentang kedatangan PRU 14 maka isu agama dijadikan "buah mulut" atau sandaran mereka dalam memujuk orang Melayu Islam agar melupakan segala onar dan kesalahan yang telah mereka cipta kan buat umat Melayu.
Salah satu kesalahan besar yang dilakukan sehingga.kini dan tanpa mereka rasa bersalah adalah "mengubah status tanah" dari pemilikan bumiputra kepada bukan bumiputra. Serta memberi pemilikan hartanah berstatus "Free hold' ATAU " pegangan selama lamanya" kepada pembeli negara luar terutama dari China Komunis untuk pemilikan harta dinegara ini dibawah skim "Rumah kedua".
Apa.yang bakal tergadai adalah ' hak kerakyatan' yang bakal mereka ini miliki setelah beberapa tempoh dan sekaligus bakal menjadikan mereka ini berhak untuk mengundi apabila hak kerakyatan telah diperolehi.
Dengan terdiri nya berbagai jenis 'rumah kediaman mewah dan mahal yang telah berjaya mereka beli dan miliki tanpa kawalan maka penghijrahan beramai-ramai orang Melayu tak berkemampuan bakal berlaku bila bila masa.
Pertukaran status hak milik tanah secara haram banyak berlaku dan perkara ini bukan lagi menjadi isu terpencil tetapi telah menjadi barah yang bakal menghumbankan orang Melayu untuk tinggal dipinggir hutan ataupun mungkin kedalam hutan pasti terjadi.
Segala keistimewaan orang Melayu yang terpelihara dibawah Perlembagaan negara sedikit demi sedikit terhakis.
Semua nya terjadi kerana kerakusan pemimpin pemerintah yang ditunjangi UMNO dan Barisan Nasional.
Hak sebagai anak bangsa Melayu yang sepatutnya diberikan segala hak seperti biasiswa, pembiayaan percuma ke universiti serta peluang pekerjaan yang secukupnya buat anak bangsa yang berkelayakan namun semua itu telah lupus ditangan UMNO.
Segala kemudahan lain yang sepatutnya dinikmati olih anak Melayu kini, semua itu telah dilupuskan dan kebanyakkan kehidupan anak bangsa Melayu kini sudah setara atau.setaraf dengan anak bangsa lain.
Olih itu apa keperluan lagi buat pemimpin UMNO untuk menawarkan 'apa yang akan mereka buat atau lakukan terhadap bangsa Melayu ini lagi.
Sudah 60 tahun Melayu UMNO memerintah negara.
Apa yang orang Melayu bolih banggakan?
Diawal kemerdekaan negara kita melawan komunis yang berkiblat kan kepada negara Komunis China CCP.
Dan diantara ketua mereka adalah China Peng.
Berapa ramaikah anak bangsa Melayu yang gugur atau mati dalam perjuangan ini dan berapakah pula yang cacat seumur hidup dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Tetapi apakah balasan diatas perjuangan yang melibatkan "kehilangan nyawa" dan kecacatan seumur.ini?
Kini Kerajaan UMNO Najib yang diwarisi dari pemimpin terdahulu UMNO telah dengan rela dan suci hati, menyerahkan "hak milik" pembekalan kuasa tenaga kepada syarikat negara Kerajaan China yang di tunjangi olih Parti Komunis China.
Tetapi sifir sifir yang dijawapkan Najib dan pemimpin UMNO adalah " mereka adalah pelabur'.
Begitu juga dengan beberapa lagi projek yang diberi kan atas nama pelaburan kepada China, tetapi kalau diamati secara kasar pun bukanlah kedatangan mereka ini sebagai pelabur tetapi lebih kepada sistem' Along'.
Contoh : Projek ECRL
Syarat.
Kami sedia kan duit pinjaman untuk kamu.yang datang dari bank kami berserta faedah , kami buat projek untuk awak, kami datang dengan tenaga kerja kami serta bahan binaan dari negara kami, maka, kami bagi kamu pilihan untuk membayar balik kepada kami untuk beberapa tempoh.
Kalau di teliti apa benarkah China Komunis ini datang dengan dana pelaburan?
Bukankah kedatangan mereka.ini sebagai "Along" ataupun 'peminjam'?
Jadi dimana takrifan ' melabur'?
Adakah pinjaman yang terpaksa dibayar balik itu ditakrifkan sebagai 'pelaburan' mereka?
Inilah diantara salah satu yang UMNO dan Najib lakukan terhadap negara ini.
Apakah puncanya?
Puncanya adalah kerana negara kita kekurangan dana untuk memacu pembangunan kerana ketirisan serta keborosan yang melampau walaupun GST telah dikutip dari rakyat.
Keberhutangan negara dibawah UMNO dari dahulu atau semenjak 8 tahun kebelakangan ini amat memeritkan kantung negara.
Ditambah dengan kegagalan syarikat 1MDB yang mencipta RM50 billion hutang juga, menyebabkan beberapa kepentingan negara terpaksa di lepaskan kepada negara luar atas nama "pelaburan'.
Sebenarnya banyak kerosakan telah UMNO dan kepimpinanya lakukan terhadap negara ini selama 60.tahun ini.
UMNO sendiri melakarkan bahawa kerugian sebanyak RM31 billion diera Dr Mahathir dalam kes Forex.
Diera Najib UMNO pula selain kerugian.RM 50 billion dalam 1MDB "kerugian' Rm160.billion pula hangus dalam menstabilkan Ringgit..
Tak cukup dengan itu skandal Scorpene yang terpaksa membayar komisen sebanyak RM500 juta kepada beberapa syarikat dan individu.Juga dikesan.
Dan sebenarnya banyak lagi ketirisan dan kerugian wang rakyat yang dikutip melalui cukai telah disalahguna oleh Kerajaan pimpinan UMNO ini dari dahulu.
Olih itu perlukah.kita memberikan mandat lagi kepada UMNO yang telah membebankan rakyat selama.ini terutama terhadap bangsa Melayu untuk mengemudi negara ini .
Dan sedarlah.bahawa UMNO telah mencalarkan nama baik agama Islam bilamana hukum dan ajaran agama Islam juga mereka gagal tegakkan .
Pembohongan , penipuan pun mereka tidak pedulikan lagi bilamana mereka sendiri pun melakukan perkara yang dilarang itu.
Itulah contohan pemimpin UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi tetap melagukan irama ' demi bangsa dan agama'.
Cahaya Al Majid.
Rakyat sedang menzalimi diri sendiri dengan memilih pemimpin yang salah.
ReplyDeleteKebenaran telah di utuskan untuk menguji samada rakyat masih lalai.
Sumbangan kita sekadar memberi peringatan dan tugas ini tidak sia sia.
Teruskan...