Tuesday, 19 December 2017

THE PROMISED LAND: FITNAH JADI MAKANAN RUJI UMAT MUHAMMAD.

Bismillahirrahmanirrahim.

UMAT ISLAM DAN FITNAH
DIRI SENDIRI PASTI TERBAKAR.

Benar, benar dan  benar dan sesungguhnya apa yang telah disabdakan olih Baginda Rasullulah saw Nabi Muhammad kekasih Allah SWT tentang keberadaan umatnya tentang "memakan fitnah" atau " menelan fitnah" tanpa berusaha menegakkan hakikat kebenaran seperti yang dituntut "adalah nyata dan terbukti berlaku.

Bukan Nabi Muhammad saja yang difitnah tetapi umat Baginda juga menjadikan fitnah sebagai "makanan ruji" dalam cara hidup seharian samaada dalam menggapai impian nafsu serakah dalam ketamakan mengenggam kuasa atau miliki harta dunia dengan cara fitnah.

Menjatuhkan, mencerca keperibadian dan menghina orang lain dengan cara melempar  fitnah bukan lagi dianggap " dosa" malahan semakin menjadi jadi dalam masyarakat Islam.

Tanpa rasa takut terhadap siksaan yang Allah SWT janjikan kepada pelaku fitnah dan juga yang bersubahat dengannya mahupun mereka mereka yang menyampaikan fitnah tanpa rasa bersalah kini semakin menjadi jadi dalam masyarakat.

Kalau bukan Islam yang melakukan fitnah terhadap kita, sememangnya kita tidak akan terasa atau terkesan ,kerana itu sememangnya telah dijanjikan Allah SWT terhadap umat Muhammad saw.

Tetapi bila umat Muhammad sendiri yang mendakwa beriman dengan Al Quran serta menjadikan baginda Rasullulah saw sebagai Junjungan tetapi melakukan perbuatan itu secara terangan, maka, dimana kita hendak meletakkan Islam yang kita yakini sebagai sebuah agama yang Addin dan melebihi dari agama lain menjadi contohan?

Jadi, dimana keberadaan kita dan kepercayaam kita terhadap agama yang kita anuti?

Samaada dalam politik mahupun dalam kehidupan seharian , samaada ahli politik mahupun rakyat marhean, perbuatan fitnah ini sudah tidak terbendung lagi dan semakin merosakkan.

Ketakutan laknat Allah SWT terhadap pemfitnah semakin hilang.
Walaupun Allah SWT mengkategorikan fitnah sebagai terlebih jahat dari pembunuh, maka, jaminan Allah SWT tidak lagi dihiraukan.

Mempercayai bulat bulat "kata kata fitnah yang dilemparkan" terhadap seseorang tanpa menyelidik akan kebenaran peristiwa atau kejadian sebenar dijadikan "pengkisahan" dalam mereka-reka atau menokok tambah penceritaan dalam keadaan tanpa rasa bersalah

Perbuatan ini  bukan lagi satu kejanggalan buat pemfitnah malahan mendapat sokongan pula dari rakan sekutu.

Astaghfirullahalahazim.

Kata kata kebenaran disanggah tetapi kata kata dan ungkapan fitnah disampaikan dan dipanjangkan kepada masyarakat tanpa rasa bersalah mahupun tanpa rasa berdosa buat pelaku .

Maka inilah tanda tandanya bahawa  umat Muhammad saw sudah semakin jauh dan tersasar jauh dari Islam yang telah diajar dan yang dibawa  olih Baginda Rasullulah saw .

Keperibadian, ungkapan kata kata serta pakaian yang menutup tubuh badan yang terlihat sopan serta mengikut sunnah mahupun mengikut tuntutan agama tidak lagi mencerminkan akhlak peribadi yang sebenar.

Apa yang pasti jiwa jiwa mereka ini terlebih songsang dan rosak apabila menjadikan pakaian sebagai "pelindung" dari kejahatan diri mereka yang sebenar.

Samada seseorang itu mahu berubah secara rela ataupun secara semulajadi mahupun diubah secara paksa olih alam, hanya doa doa dari manusia yang teraniaya dan terfitnah bakal Allah SWT jengahkan "bala" dihadapan pintu rumah pemfitnah dikala mereka lupa dan alpa terhadap perbuatan mereka.

"Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian."

Cahaya Al Majid.




2 comments:

  1. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah)

    SEPERTI DOSA-DOSA MADEY TAK PERNAH HABIS-HABIS MEMFITNAH ANUAR MELIWAT...
    HINGGA ANUAR TELAH BERKALI-KALI DIHUKUM PENJARA KERANA FITNAH MELIWAT....

    “FITNAH”, yaitu menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran, dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuknya mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang membuat fitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.


    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

    ReplyDelete
  2. Salam. Tulus pandangan saudara.Walauapa Kita tidak tahu dan tidak pasti apa benarkan Anwar Ibrahim tidak melakukan perbuatan tersebut.Apa yang di paparkan adakah penceritaan dan hujahan dari kedua pihak. Tetapi sepatutnya dari awal lagi sepatutnya Anwar Ibrahim melakukan 'sumpah laknat', kerana, dengan cara tersebut sedikit sebanyak Anwar bolih mengoyahkan tuduhan dan pandangan masyarakat terhadap beliau. Pengkisahan ini diberitahu kepada saya olih senior lawyers bukan Islam apa sepatutnya Anwar Ibrahim lakukan.
    Walauapapun semua telah terjadi dan berlalu. Sama ada Mahathir pernah memohon maaf kepada Anwar atau sebaliknya tiada siapa yang tahu melainkan Anwar dan Mahathir sendiri. Untuk kita menngatakankan bahawa. Mahathir tidak bertaubat terhadap perbuatan nya..Kita tidak bolih menjatuhkan hukum..Kerana kita tidak tahu. Olih itu menyerahkan kepada Allah SWT adalah yang terbaik.

    ReplyDelete