Bismillahirrahmanirrahim.
SIAPA YANG MENJAHANAMKAN?
ADAKAH DR MAHATHIR ATAU
NAJIB DAN HJ HADI YANG PERLU
DIJAHANAMKAN DALAM PRU14
PAS tak habis habis menyalahkan Dr Mahathir.
Tiap kali pemimpin PAS bersuara sama ada olih Presidennya mahupun dari Timbalan Presidennya,.semuanya menjurus dan menyalahkan batang tubuh Dr Mahathir dan bukanya terhadap parti UMNO mahupun Barisan Nasional.
Dan hari ini pula Timbalan Ketua Pemuda PAS juga melemparkan tuduhan yang seakan akan sama dengan pendapat ketua atau Presiden mereka.
Samaada menjadikan isu Memali mahupun isu menghadkan Kuasa Raja Raja Melayu serta kisah penahanan Anwar Ibrahim yang menyebabkan tercetusnya " reformasi" dijadi bahan cemuhan PAS untuk menafikan keinginan Harapan bagi melantik Dr Mahathir dalam " memperbetulkan" kerosakan yang telah berlaku kini.
Namun dalam ulasan Timbalan Ketua Pemuda PAS itu tidak pula mereka menyatakan sebarang alternatif ataupun cadangan PAS dalam usaha mereka untuk membetulkan 'kerosakkan' yang di lakukan olih UMNO atau Najib ini.
Berhubung isu Memali yang diangkat pemuda PAS sebagai senjata untuk "memerangi" Dr Mahathir pula, adakah mereka sedar atau tidak bahawa tindakan pengikut PAS yang diketuai olih Ibrahim Libya dan kuncu kuncunya sebenarnya telah memerangi perintah dan watikah Yang Di Pertuan Agong dalam kes Memali.
Siapa yang diperangi olih Ibrahim Libya? Adakah Dr Mahathir mahupun UMNO ketika itu?
Bukankah Polis Di Raja Malaysia yang mereka perangi?
Tidakkah ini merupakan satu ' penderhakaan terhadap perintah Yang Di Pertuan Agong.
Dan sepatutnya pada masa itu juga Hj Hadi pun patut ditangkap sekali dan dipenjara kerana mengeluarkan Amanatnya yang bolih dianggap menghasut.
Dan amanat beliau juga bertentangan dengan konsep Perlembagaan dan pegangan agama negara ini.
Sedarkah PAS akan hakikat ini?
Masihkah PAS mahu mempertahankan Amanat Hj Hadi itu dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Ibrahim Libya dan pengikutnya?
Dalam isu Raja Raja Melayu yang dilupuskan "kekebalan". Masih kah PAS tetap mahu menyalahkan Dr Mahathir.
Kerana dua insiden jenayah yang melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat negara ini dari diperlakukan sesuka hati olih Raja mahupun Kerabat Di Raja, tidak patutkah " kekebalan' dari jenayah" ini ditarik ?
Tidakkah semua ini dibuat demi menjaga maruah dan martabat Raja Raja Melayu agar tidak terjebak dengan jenayah?
Begitu juga dengan kes Anwar Ibrahim. Kalau Anwar sememangnya bersalah kenapa PAS sanggup berkerja sama dengan PKR iaitu Parti yang ditubuhkan olih Anwar dan DAP, dalam cubaan menumbang kan kerajaan BN yang diterajui UMNO?
Adakah menjadi kesalahan pula bilamana Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menganggotai Pakatan Harapan, maka, adakah ini dilihat sebagai satu dosa besar pula olih kepimpinan PAS dan Ahlinya?
Sedarlah wahai PAS, apa yang sedang diusahakan olih Dr Mahathir dengan bantuan PKR mahupun DAP serta Amanah adalah untuk "menurunkan" Perdana Menteri yang digelar Kerajan Klepetokrasi olih dunia.
Disamping itu juga, Dr Mahathir mahu membantu rakyat marhean yang dalam prasa "sesak ekonomi" serta kos kehidupan yang meningkat kerana kerakusan pemerintah yang boros dan rasuah.
Olih itu apa alternatif yang ada buat rakyat dalam menentang kezaliman pemerintah ini?
Kini PAS suka cakap banyak, kenapa PAS dan kepimpinanya tidak berani menentang kerakusan kerajaan pemerintah yang diketuai olih Najib ? Kenapa tak berani bersuara? Kenapa takut? Apa yang membelenggu?
Kenapa harus takut pada kelantangan Dr Mahathir yang berumur 93 tahun dalam menentang UMNO dan BN?
Atau sememangnya jiwa dan raga PAS dah digadai kepada Najib? ataupun dah jadi ahli kongsi gelap BN?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment