Tuesday 12 December 2017

THE PROMISED LAND: SIAPA MEMBAKAR SIAPA??

Bismillahirrahmanirrahim.

MAHATHIRKAH YANG MEMBAKAR RAKYAT
ATAU NAJIB YANG MEMBAKAR NEGARA

Adakah "mencela" Najib sebagai " lanun Bugis" menjadi kesalahan?

Kenapa Dr Mahathir melabel Najib sebagai 'lanun Bugis"?

Kerana Najib didakwa olih Dr Mahathir telah mencuri dan merompak dana dari terbitan Bond  1MDB olih Goldman Sachs yang di atur serta telah menyalurkan dana tersebut keakaun peribadinya.

Najib yang pada mulanya menafikan akan kemasukan dana tersebut keakaun nya namun selepas dibuktikan "money trail" nya olih pihak luar, maka, pengakuan telah dibuat tetapi mendakwa bahawa wang tersebut adalah "derma' dari Raja Arab.

Bermula dari saat pembohongan pertama itulah, rakyat mula mempertikaikan ketelusan, kebenaran dan kebolehan percayaan terhadap kata kata Najib lagi.

Itulah permulaan nya penentangan Dr Mahathir dan rakyat terhadap Najib.

Kerana pencurian itulah Dr Mahathir mula mempertikaikan akan kewibawaan Najib sebagai Perdana Menteri. Itulah puncanya Dr Mahathir melabel Najib sebagai pencuri atau " lanun Bugis".

Namun label" lanun Bugis"  yang diucapkan Dr Mahathir adalah merujuk kepada "Batang Tubuh Najib" saja dan bukan pula merujuk kepada warga Bugis yang lain tetapi kerana Dr Mahathir adalah pemimpin utama Pakatan Harapan, maka, sentimen "melaga-laga' atau ' cucuk mencucuk" dengan pihak Istana dijadikan senjata untuk merebahkan Dr Mahathir.

Sebenarnya ramai yang "bengkak hati" terhadap sosok 93 tahun ini.

Kerana kelantangan beliau dalam usaha merobek "perompakan UMNO" terhadap harta negara yang tiada henti ini, membuatkan lagi pemimpin Tertinggi UMNO "kecut perut", maka, menghancurkan imej dan integriti Dr Mahathir adalah satu keperluan buat mereka.

Penceritaan "kisah silam" atau apa saja yang bolih menyekat Dr Mahathir dari terus mara adalah keutamaan.

Isu Bugis yang dikata telah membuat Sultan Selangor murka, telah, diambil kesempatan semaksimum mungkin olih BN dan UMNO dalam menyemarakkan kemurkaan Sultan terhadap Dr Mahathir.

Dalam temubual Sultan Selangor di The Star baru baru ini , baginda secara terangan telah mendakwa bahawa " kamarahan  Dr Mahathir akan membakar seluruh negara" serta baginda merasakan bahawa Dr Mahathir tidak mahu penggantinya terlebih baik dari beliau. Itu adalah antara apa yang Baginda luahkan.
Itu persepsi Baginda terhadap Dr Mahathir.

Walauapapun itu adalah pandangan pihak Istana atau Sultan terhadap Dr Mahathir.

Tetapi bagi rakyat kebanyakkan pula, Dr Mahathir merupakan ketua pejuang dan suara rakyat dalam memerangi rejim Klepetokrasi ini.

Rakyat telah sesak hidup dengan segala kenaikkan harga barangan, kos sara hidup, cukai GST serta bermacam macam lagi isu yang melanda negara namun Kerajaan Najib dan kebinetnya selalu memberikan alasan yang kurang bijak dalam menjawab persoalan rakyat.

Dengan segala tekanan yang dihadapi rakyat kini, hanya, suara Dr Mahathir saja yang lantang 'menatang" kerisauan rakyat jelata, olih itu adakah menjadi kesalahan apabila rakyat bersepadu untuk menyokong Dr Mahathir?

Isu rasuah Scorpene
Isu Altantuya
Isu 1MDB
Isu Edra Energy
Isu Bandar Malaysia
Isu Razak Exchange
Isu MARA
Isu FGV
Isu projek China diMalaysia
Isu Projek Perumahan mewah untuk
Warga China
Isu pekerja asing
Isu Rasuah
Isu maruah negara
Isu Klepetokrasi dan macam macam lagi.

Semua apa yang diperkatakan diatas adalah kesannya dirasakan langsung olih rakyat.
Dan yang terbesar adalah peng" OSA" kan dokumen  1MDB dari pengetahuan umum serta laporan PAC.
Perkara perkara ini melibatkan wang rakyat yang dibayar melalui cukai.

Keberadaan dimana Jho Low dan rakan sekutunya nya yang didakwa telah menyebabkan kerugian berbillion dollar yang terpaksa ditanggung rakyat dan kini kelompok tersebut telah menjadi "musuh rakyat" namun kerajaan Najib tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Olih itu siapa kah yang membawa " suara rakyat" keperingkat tertinggi agar didengar pemerintah?

Olih itu salahkah Dr Mahathir sebagai Mantan Perdana Menteri berjuang untuk membantu rakyat?

Adakah kerana kelantangan suara Dr Mahathir dalam menegakkan kebenaran itu dilihat sebagai " membakar seluruh negara"???

Umat Islam telah diseru agar " menegakkan kebenaran dan memerangi kebhatilan"   dan itu adalah  dari tuntutan.

Olih itu dimana keberadaan kita?

Cahaya Al Majid.








3 comments:

  1. Apabila kita atau sesiapa sahaja ingin memberi pandangan kenalah faham bahawa pandangan itu akan dibalas.

    Bola yang dilantun keras dan kuat, akan kembali dalam keadaan yang sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat pengkisahan yang dibawa oleh saudara CAMA. Naik senak perut dan sesak nafas membawa segala kemelut sosio-politic, sosio ekonomi dan political game kerajaan masa kini. Semoga Allah bersama-sama kita yang benar. Wallauaklam

      Delete
  2. Syabas Kluangman; setuju 100%. Tetapi harus ingat juga kali terakhir Kuala Lumpur terbakar. Siapa yang membakar dan siapa pula yang diam membisu?

    Belajarlah dari sejarah sebeblum kita membuat kenyataan yang boleh membakar diri kita sendiri!

    ReplyDelete