Wednesday, 6 December 2017

THE PROMISED LAND: SUMPAH LAKNAT NOORSHILA TAK SAH???

Bismillahirrahmanirrahim.

BUKAN HAK MANUSIA UNTUK
MEMPERTIKAIKAN.
ITU HAK ALLAH SWT
SIAPA KITA DISISI ALLAH

Astaghfirullahalahazim.
Astaghfirullahalahazim
Astaghfirullahalahazim

Saya cadangkan agar pendakwah bebas yang mengulas " sumpah laknat" Noorshila itu agar mengucap panjang dan ingat pada Allah SWT banyak banyak.

Allah SWT telah berjanji bahawa sekiranya terdapat perbezaan pendapat atau pandangan diantara kamu maka kembalilah kepada Al-Quran.

Kebenaran perlu ditegakkan agar pendapat yang bersalahan tidak lagi diguna pakai dalam masyarakat.

Contoh 1.

Apabila sisuami dengan niat , melafazkan " "talak" dihadapan orang ramai tanpa mengira tempat dan waktu, adakah ' talak" itu jatuh dan diterima  Allah SWT talaknya?

Contoh 2.

Apabila seseorang melafazkan syahadah walaupun tanpa " wuduk" keatas diri sipelafaz dihadapan orang ramai seperti yang berlaku didalam ceramah Zakir Naik, adakah Allah SWT, menerima syahadah itu dan ada kah Islam menerima"pengakuan sahadah" tersebut?

Jadi apa bezanya " sumpah' yang dilakukan Noorshila yang menyebut :

Sesungguhnya Allah SWT itu Tuhan Ku
Nabi Muhammad saw itu Rasul ku dan
AlQuran yang aku beriman dengannya.

Tidakkah" niat" dan " keikhlasan" itu yang Allah SWT nilaikan terhadap semua hamba hambaNya.

Tidak kah niat dan lafas talak dari contoh 1 tadi telah " jatuh' talak keatas isteri nya.

Dari contoh 2.
Tidakkah dengan melafazkan "sahadah" walau dimana mana sekalipun , bahawa Allah SWT akan menerima "penyataan'  atau " pengakuan" olih yang melafaznya.

Tetapi sekiranya lafaz  talak mahupun pengakuan bersadah atau bersumpah atas nama Allah SWT  itu  yang dilakukan semata-mata mahu " mempermainkan' agama Allah SWT, nescaya" laknat" Allah SWT akan berbalik keatasnya.

Yakinlah, sekiranya segala sesuatu yang kita buat dan yang kita lakukan atas "lafaz niat" terhadap Allah SWT, tiada satu pun" yang bolih menjadi  penghalang dianataranya Allah SWT dan hambanya.

Tolong jangan jadikan sesuatu perkara yang berniat baik itu sebagai penghalang untuk umat manusia mendekati agama pilihan Allah SWT ini,.Iaitu Islam.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment