Tuesday, 30 January 2018

THE PROMISED LAND : BUBAR TAK BUBAR . PERHATIKAN 17MAC!!

Bismillahirrahmanirrahim.

NAJIB DAN UMNO DAH SEMAKIN
TERDESAK!!!!!.

Kegoyahah diSabah sudah semakin nyata. Kini cubaan Najib dalam membelit dan menawan hati orang Kelantan sudah semakin ketara. Tetapi buat Terengganu walaupun kedudukan BN dan UMNO dilihat seimbang pada PRU 13, namun, Najib dilihat amat selesa di Terengganu.

Kemungkinan "tepuk dan peluk" diantara Najib dan Hj Hadi "memungkinkan" persefahaman sesama mereka  telah dicapai.

Kalau negeri Sabah sebelum ini merupakan fixed deposit buat Barisan Nasional namun kebelakangan ini , sokongan rakyat Sabah terhadap UMNO dan Barisan Nasional dilihat "terancam".

Kegoyahan serta pengalihan sokongan rakyat  dari UMNO atau BN kepada parti Warisan yang diterajui oleh Shafei Afdal  dilihat semakin mendapat tempat dihati rakyat Sabah.
Rata rata rakyat tempatan sudah menerima keberadaan Parti Warisan dalam pola politik Sabah.

Cuma segelintir pemimpin UMNO dan Gabungan Parti Barisan Nasional yang telah "berkarat" seperti Bung Mokhtar, Salleh Kruak serta beberapa lagi otai lama yang dilihat semakin goyah kedudukan nya mula ditolak oleh warga Sabah, "kemungkinan kalah" sangat tinggi buat mereka.

Dalam waktu yang sesingkat ini telah berkali kali Najib dan Pimpinan Tertinggi UMNO dan BN berulang alik ke Sabah bagi "meredakan" hati pemimpin dan ahli  UMNO dan komponan BN yang tengah gundah gulana itu.

Mengulang ulang Projek serupa iaitu  Pan Borneo dihadapan rakyat Sabah adalah kemestian. Menyanyi dan berlagu nada serupa adalah tiupan buat hati rakyat Sabah.

Walaupun berduyun duyun rakyat Sabah diangkut dari beberapa daerah di Sabah bagi memenuhi lapangan yang disediakan, kemungkinan kehadiran mereka ini yang disertakan dengan "duit poket"pasti ada.

Begitulah terdesaknya Najib dan Kepimpinan UMNO dan BN Sabah kali.ini.

Tak kurang juga jika dilihat di Kelantan. Akhir akhir ini pemimpin UMNO samada Tok Pa mahupun Najib kerap berulang alik ke Kelantan.

Menwar warkan apa yang telah disalurkan sejak dari dahulu dijadikan modal dalam "menghentam" Kerajaan PAS.  Samaada pemimpin-pemimpin PAS Kelantan itu terketegori dalam "otak lembam" atau " dungu", bila mana Najib ' menaji" PAS dalam baik , Timbalan Menteri Besar boleh pula mengatakan bahawa era Najib adalah yang terbaik buat mereka.
Tak tahu nak kata apa lagi.

Samaada strategi Najib dan HJ Hadi mahu menguburkan Kerajaan PAS Kelantan dan mengangkat Barisan Nasional mahupun UMNO sebagai alternatif, bagi mengekang "kemunculan" PARTI Amanah dan Husam Musa, kini PAS Kelantan dilihat semakin "akrab" dengan UMNO mahupun Najib.

Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besarnya yang dilihat amat "tertib" dalam membalun UMNO dan Najib, menyerlahkan lagi "hala tuju" mereka.

Walau apa pun perancangan mereka, kini, rakyat sudah semakin cerdik dan pandai.
Kelentong mahupun gelembung "projek" tidak laku lagi untuk didendangkan kepada rakyat.

Rakyat telah amat terhimpit dengan kenaikan kos barangan dan kos sara hidup dan ini membuatkan rakyat "bulat hati" untuk menurunkan Kerajaan BN dan UMNO  terutama Najib.

Oleh itu apa saja yang ditawarkan oleh Najib dan Kerajaannya, tidak akan merubah pendirian rakyat lagi.

Apa yang ditunggu rakyat hanyalah pembubaran Parlimen dan "tarikh" PRU.

Cahaya Allah Majid.


No comments:

Post a Comment