Bismillahirrahmanirrahim.
NASIBLA ..
MALAYSIA BERMENTERIKAN MANUSIA YANG DUNGU DAN MEMALUKAN
Nampaknya ketololan Menteri pilihan Najib bukan saja terserlah kepada batang tubuh Najib malahan ahli kabinetnya juga menampakkan kebodohan mereka sekali.
Buka saja Najib telah memalukan negara dipersada dunia melalui skandal skandal yang memalitkan dirinya malahan Nazri Aziz juga tidak ketinggalan untuk mengejar dari belakang.
Skandal Najib tak yah sebutlah sebab semua dah tahu dan kerana skandal itulah maka "perjalanan" Najib untuk berdepan dengan pemimpin pemimpin dunia kelihatan sumbang sekarang ini .
Keterbatasan beliau untuk bertemu pemimpin pemimpin dunia juga telah semakin menjarakkan.
Itulah nasibnya Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Hanya berani keluar negara atas jemputan saja.
Nak kata bodoh , jawatan dia Menteri. Tetapi tak tahulah dimana kercerdikan dia.
Masa matawang kita jatuh Nazri kata elok untuk industri pelancongan, katanya. Pada pandangan beliau tourist akan berpusu-pusu datang kerana kos murah tetapi akhirnya hanya " pelacur" China yang beribu ribu datang memenuhi ruang bilek gelap dinegara ini.
Kalau dahulu dizaman sebelum Najib sebagai perdana menteri, beliau hanya layak sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri saja yang menjaga Parlimen. Itulah standardnya di Nazri Aziz ni.
Tetapi setelah dinaik kan pangkat oleh Najib sebagai Menteri Pelancongan, nampaknya tiada pembaharuan juga dibawahnya melainkan mengenalkan program IMAMS.
Program yang "mencuri" duit dari poket jemaah umrah secara terangan diperkenalkan. Nasib baik rakyat dan umat Islam peka. Tak sampai 24 jam program itu dimansuhkan. Namun untuk beliau memohon maaf dari umat Islam, jauh sekali. Itu lah Ahli Parlimen Padang Rengas ni.
Tak cukup dengan kebodohan yang bertingkat tingkat.
Sekali lagi ketololan Nazri terserlah, logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang mewakili imej 3O juta rakyat negara ini yang dikatakan negara yang maju dan bertamadun dengan ekonomi yang mantap terutama dari pendapatan melalui tourism telah dibuat secara semborono.
Adakah dengan imej monyet ataupun "orang utan" yang dikenakan "cermin mata hitam" dijadikan "simbol". Haprak betul Kementerian Pelancongan ni. Dah lah macam tu, art work atau imej yang di buat amat "cikai".
Kesian betul Kementerian yang bermenterikan Nazri Aziz ni.
Dah lah macam tu, ada hati pulak mengatakan Dr Mahathir " monyet". Inilah statement ATAU ayat dari mulut seorang menteri yang berimamkan "cash is king".
Memang haprak menteri dari Perak ni.
Nampaknya kebanyakkan Menteri yang berasal dari Perak ni samaada Zahid Hamidi mahupun Nazri Aziz, sememangnya berperangai "cikai", dan jenis manusia ini sememangnya tak boleh dijadikan contoh yang baik buat generasi muda.
Hancur Malaysia kalau manusia jenis ini diberikan kuasa lagi.
Cahaya Al Majid.
Salam saudara penulis. Saya sependapat dan bersetuju dengan saudara. Menteri NA, ZH dan beberapa menteri SURUH ANGGUK ANGGUK, SURUH DIAM, DIAM termasuk SSC, AM yang dilantik menteri atau timbalan Menteri bukan atas dasar kekuatan Resume tahap intelektual atau kelulusan akademik yang mantap tetapi kekuatan RESUME AMAT BODOH, BINGAI dan KETOLOAN yang mnejangkaui akal logik dan rasional or common sense. SURUH ANGGUK, ANGGUK, SURUH DIAM, DIAM.
ReplyDelete