Wednesday, 31 January 2018

THE PROMISED LAND: ANTARA FELDA DAN MARA. SIAPA UNTUNG???

Bismillahirrahmanirrahim.

KESUDAHANYA ORANG MELAYU MENANGIS TAK BERLAGU!!!!

Kedua dua entiti ini dibangunkan untuk tujuan membantu orang Melayu.

Felda dibangunkan bagi mengimbangi ekonomi orang Melayu. Memandangkan ekonomi orang Melayu ketika itu amat terkebelakang dalam sosio ekonomi terutama jika dibandingkan dengan kaum China.

Keperihatinan pemimpin terdahulu terhadap nasib bangsa terutama orang Melayu, maka, Felda ditubuhkan bagi membantu dan menempatkan semula orang Melayu dalam kelompok kelompok yang mudah untuk dijagai.

Hasilnya kini Felda merupakan sektor penyumbang ekonomi yang mantap dan tinggi buat Kerajaan terutama yang melibatkan masa depan orang Melayu.

Tak kurang dengan itu disegi politiknya pula kawasan Felda ini menyumbang lebih 50 kerusi  parlimen terutama kepada UMNO dan juga kerajaan Barisan Nasional.

Itu semua sejarah.

Felda kini berada dibawah telunjuk Najib Razak. Segala hal hal yang melibatkan kepentingan Felda terutama "hasil masyulnya" mahupun " harta harta Felda" semuanya dibawah pengawasan dan pengetahuanya.
Tiada satu pun kepentingan Felda yang tidak diketahui oleh Najib.

Yang sedihnya, semenjak Najib terlibat dengan berbagai skandal serta telah membebankan seluruh warga Felda dalam skim "penghutangan tersusun" melalui penyenaraian saham melalui FGV, langit cerah bagi seluruh warga Felda telah mula menjadi gelap.

Durian runtuh atau penambahan punca ekonomi yang yang dijanjikan kepada setiap Felda telah menghimpap warga Felda sendiri.
Kalau dahulu warga Felda boleh menghela nafas lega kerana hutang telah selesai dan telah memiliki geran geran tanah milik mereka tetapi kini semua itu adalah mimpi ngeri buat setiap "bapak kepala" kepada setiap isi rumah.
Semenjak skim penyenaraian saham FGV ramai diantara mereka telah " terjebak" dengan hutang yang dicipta oleh Najib buat warga Felda.
Itulah nasib warga Felda yang berbangsa Melayu dibawah Najib mahupun UMNO dan juga BN.

Tidak cukup dengan itu MARA juga merupakan sebuah institusi buat memayungi orang Melayu dahulu. Tujuannya juga sama itu untuk menjaga ekonomi Melayu serta membantu anak anak Melayu samada berbentuk biasiswa mahupun dari segi ekonomi atau perniagaan.

Banyak dana disalurkan kepada institusi ini dahulu namun dibawah penguasaan UMBO Najib , banyak  kemudahan untuk orang Melayu dilihat telah mengecut.

Tetapi yang sedihnya kebanyakkan Pemimpin politik dari  UMNO telah banyak merosakkan dan menghancurkan institusi ini.

Tetapi bagi dua entiti ini, Isa Samad adalah peneraju buat Felda dan FGV manakala Annuar Musa adalah Pengerusi MARA.

Kedua dua dua mereka kini adalah sejarah hitam bukan saja buat Felda mahupun MARA tetapi buat seluruh rakyat Melayu dan negara amnya.

Kedua dua kelibat ini terpalit mahupun terlibat dalam berbagai skandal. Namun skandal yang melibatkan pemimpin UMNO ini dilihat "arif" dalam pembelian hartanah diluar negara.

Tetapi yang sedihnya harga harta yang dibelinya jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan transactions ini amat meragukan. Kalau diamati betul-betul  terlihat kelompongan atau ketirisan yang menjurus kepada "penyelewengan" dan " salah guna kuasa".

Tetapi sehingga kini belum satu pun mereka mereka ini didakwa di mahkamah . Cuma apa yang berlaku hanyalah siasatan.

Begini lah rakusnya kerajaan UMNO Najib dan Barisan Nasional dalam "menghalalkan' salah laku " "orang kuat" UMNO.

Tak cukup dengan itu, tanah Felda dijalan Semarak pun sempat juga mereka rembat. Hasilnya " hanya siasatan'.
Tanah dah terlepas ke tangan orang lain.
Apa peneroka Melayu Felda.buat ???

Buat bodoh saja!!!

Walaupun dana atau angka yang terlibat bagi kedua dua entiti ini melebihi ribuan billion ringgit wang milik warga Felda mahupun MARA, tetapi.bagi.UMNO Najib dan Kepimpinan Barisan Nasional, semua itu bukan kesalahan buat mereka malahan "menyamun" selagi bolih adalah keutamaan mereka.

Manyamun dan membangkrapkan harta orang Melayu adalah "amanah" buat mereka.

Olih itu apa lagi Melayu mahu???

Cahaya Al Majid.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete