Sunday 21 January 2018

THE PROMISED LAND: PEMERINTAH WAJIB DITUKAR!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK UBAH..BALA MENANTI

Walau dimana pun dipelusuk bumi ni, tak ada satu pun Kerajaan yang memerintahan mahu ditukarkan.

Mati hidup semula pun mereka akan mempertahankan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa rakyatnya.

Kerana kuasa itu adalah kunci kepada segala"kekayaan' bagi sesebuah negara.

Tetapi yang sengal dengan Salleh Keruak Sabah ni, mungkin tempat tinggalnya dah terlampau "ulu" mahupun kampung nya terlalu  jauh dari capaian pasca pembangunan dan kemudahan teknologi digital, itu sebab banyak kejayaan negara yang telah menukar Kerajaan kebanyakkannya maju dan rakyatnya celik teknologi.

Patutlah semua informasi tentang kejayaan menukar kerajaan ini, rupa rupanya tidak diketahui olehnya warga kampungnya mahupun warga negerinya.

Ataupun orang kampung nya sememangnya yang terlalu bergantung hidup kepada "sedekah" pemimpin untuk kelangsungan hidup?

Tak usah pandang jauh jauh, Thailand dah berapa kali tukar pemerintah begitu juga dengan Indonesia. Adakah ekonomi kita terlebih baik dari mereka?

Semenjak kedua negara jiran ini bertukar Kerajaan, pencapaian ekonomi dan kekukuhan matawang mereka semakin meningkat.
Begitu juga dengan rasuah, kebanyakkannya dapat dikurangkan. Ada juga diantara pemimpin mereka ditangkap dan dipenjara kerana rasuah,waima Perdana Menjadi mereka sendiri. Malaysia ada?

Penyakit pemimpin negara ini sudah berada pada tahap"kronik' dan berada pada skala yang tak boleh diubati lagi.

Kebanyakkannya pemimpin yang berkuasa kebanyakkannya "pernah' dipalit dengan berbagai skandal dan rasuah. 
Satu satunya jalan keluar dari kemelut yang dicipta oleh Kerajaan yang ada sekarang  hanyalah "ubah kerajaan".

Untuk mencari atau menjana pendapatan baru buat mengisi pendapatan negara langsung tidak ada.
Kepakaran Kerajaan yang berkuasa sekarang hanyalah "mencipta hutang hutang" yang dibebankan diatas bahu rakyat untuk ditanggung hingga anak cucu.

Selagi tak tukar bermacam-macam bala kenaikan dan cukai pasti dikenakan terhadap rakyat.

Untuk masa depan yang baik dan kehidupan yang selesa maka merubah nasib diri dan bangsa ada keutamaan berbanding mengayakan pemimpin yang berkuasa masakini.

Cahaya Allah Majid.


2 comments:

  1. HAHAHAHA....Saleh Keruak!!!!!
    Phd dia: PERANGAI HASAD DENGKI.
    Phd from Universiti Putera rupanya!
    (Wiki baru edit sebelum ni takda sebut universiti. Malu agaknya, takut
    orang buat carian macam kelulusan MO1). Tak sebut tahun dalam Wiki.
    Wah! sdemua Menteri UMNO dapat Phd dari UNIVERSITI PUTERA!!!
    Zahid Zabidi pun dari Univdersiti Putera.
    Senang betul dapat Phd dari Universiti Putera.....HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan penulis. Ayuh semua kita tukarkan KERAjaan serta KABINET KAYU yang hanya pandai menindas rakyat aje.

    ReplyDelete