Bismillahhirrahmannirrahim.
“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia," katanya ketika berucap di program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera seperti dipetik.
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ على أَلاَّ تَعْدِلُوْا اِعْدِلُوْا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
“Dan janganlah sekali-kali jenayah sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Maaidah, 5: 8)
Sejak bila pula agama Islam bila menghukum orang perlu 'selak' dahulu jasa jasa sipelaku.
Salah tetap salah. Sejak bila pulak hukum tuhan berubah!!!!
Atau 'klausa' ini hanya terpakai kepada ahli politik 'saja.
Contoh :-
Apabila terdapat seseorang 'ustaz' mahupun 'imam' ,ataupun orang ternama mahupun Raja, apabila 'terbukti' bersalah, maka, perlukah kita 'menyelak' jasa jasa baik mereka dahulu, sebelum menjatuhkan hukum?
Adakah ini 'trend baru' atau pendekatan PAS terkini yang mahu dibawa olih Hj Hadi?
Nampaknya pemimpin pemimpin yang telah berjasa terutama kepada negara dan juga kepada Raja Raja mahupun kepada Yang Di Pertuan Agong, maka, segala salah laku mahupun 'kesalahan yang telah dilakukan' jika didapati bersalah maka hukum yang perlu dijatuhkan perlu ditimbang atau ditibal balik dengan segala kebaikan yang pernah disumbangkan seperti yang disaran Hj Hadi.
Kalau ikut kata Hj Hadi, akan terpakaikah Firman Allah SWT ini?
Al Maidah :-
Al Maidah :-
Artinya:
1. Laki laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Qs. 5;38)
2. Maka barang siapa bertaubat (diantara pencuri pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu,dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang. (Qs. 5:39).
S Salah tetap salah hukum tetap hukum namun sipelaku hanya diminta 'bertaubat" .
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment