Friday, 23 March 2018

THE PROMISED LAND : KALAU TAK BERSALAH KENAPA TAKUT DENGAN MEDIA ANTARABANGSA

Bismillahhirrahmannirrahim.

KENAPA SELALU ELAK SIDANG MEDIA????

Najib hanya berani membersihkan diri didalam negara  saja, bercakap pula hanya secara 'one way street", tambahan pula beliau adalah seorang Perdana Menteri.,
Siapa berani mempersoal?
Kementerian mana? mahupun jabatan mana ? ataupun penguat kuasa mana ? yang berani mempersoal Najib?.

PAC? JAN?SPRM? PDRM ataupun KDN? Semua dibawah cengkeman.

Siapa berani?

Siapa berani bantah!!!!! bilamana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri adalah orang yang sama!!!!

Terhadap pembelian tanah milik Kerajaan olih 1MDB, siapa berani bantah seperti dua lot tanah Kerajaan yang amat bernilai ini. 

1MDB membeli 70 ekar tanah di TRX pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi. Transaksi terakhir hartanah di kawasan itu adalah RM7,000 per kaki persegi.
1MDB juga membeli 495 ekar tanah dibekas lapangan terbang Tentera Sg Besi yang dikenali sebagai Bandar Malaysia pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Harga pasaran lebih kurang RM1000 per kaki persegi. Beli mpada harga ama murah.
Siapa berani mempertikai dan bantah salah laku ini bila mana Najib adalah "Boss". Dibawah Ini merupakan antara dapatan dari PAC yang  terungkai akan kesalahan yang dilakukan.


Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.
Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.
1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.
Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.
Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
Ini kata Najib!!! "'mengaku beliau tidak besalah"
Image result for imej Najib
SENDIRI TANYA SENDIRI JAWAP
                                          .
“Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu.
 Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.

“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak.

 Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.

“Laporan tersebut membuat kesimpulan, saya tidak melakukan sebarang kesalahan,”katanya.

Adake???? dokumen resmi dari Kerajaan Arab Saudi yang mengesahkan bahawa USD 761 juta yang masuk keakaun peribadi Najib  itu merupakan 'derma' dari Kerajaan mereka mahupun dari Putera Arab yang dikata Zahid Hamidi sebagai 'telah bertemu'?itu.

Kalau semuanya bersih dan telus seperti yang didakwa Najib, kenapa sehingga hari ini 'dakwaan' dari DoJ mahupun dari 'berita dari luar negara' itu tidak dihentikan dengan 'tindakan undang undang"?
Begitu juga dengan panggilan 'klepetrokrasi" kenapa 'tidak saman' dan heret mereka kemahkamah?

Kalau setakat 'menafikan' tanpa menunjuk sebarang bukti samalah tarafnya seperti 'menyiram air didaun keladi".

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment