Bismillahhirrahmannirrahim.
Katanya, ekonomi negara meningkat :
“Kita masih dapat mencatatkan 5.9 peratus pertumbuhan ekonomi walaupun berdepan turun naik mata wang, pasaran komoditi dan suasana geopolitik yang tidak menentu.
Namun dalam kerancakkan ekonomi yang didakwa Pak Menteri, kenapa peluang perkerjaan tidak dapat diujudkan buat lepasan Universiti?
Apa maknanya kerancakkan ekonomi tetapi peluang pekerjaan tiada !
Jadi, apa hebatnya 'pemerintah' bilamana peluang kerja tidak dapat diujudkan kepada anak bangsa.
Ekonomi negara berjaya meskipun keadaan ekonomi yang tidak menentu kebelakangan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
“Ramai graduan hari ini tidak mempunyai pekerjaan, pasaran pekerjaan adalah sukar, justeru itu graduan ini boleh menimbang untuk menjalankan perniagaan,” katanya.
Nampaknya kejayaan mahupun kekayaan yang diraih Kerajaan ini hanya dinikmati olih segelintir kelompok saja la ya.
Yang kaya terus kaya dan bertambah kekayaan, yang miskin terus miskin, manakala anak bangsa lepasan Universiti, 'berniaga' la..lepas tu tanggung bayar PTPTN. Bila tak dapat bayar..'sekat perjalanan' atau 'senarai hitam.
Senang betul jadi pemerintah!!!!!!
Dah dua penggal Najib dan gerombolannya diberi kuasa namun kejayaan yang dibanggakan hanyalah 'peningkatan ekonomi' yang didakwa namun rakyat marhean tidak merasakan akan limpahan ekonomi yang dijaja. Dan yang memburukkan keadaan adalah cukai GST yang dibebankan pada setiap diri rakyat dari yang hidup sehinggalah yang bergelar 'mayat' semuanya tertakluk kepada GST.
Peningkatan kos sara hidup dan kos lain lain semakin hari semakin meningkat dan disebelah pemerintah pula, rasuah, salah guna kuasa, berbelanja boros dan penyalahan gunaan dana awam semakin menjadi jadi.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment