Friday, 16 March 2018

THE PROMISED LAND : 'ISA' MENYUSAHKAN RAKYAT ATAU HUTANG CIPTAAN NAJIB YANG MEMBEBANKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

NEGARA KU 'BERGAYA' DENGAN HUTANG!!!!

Sepatutnya Najib hanya menceritakan segala  kejayaan yang telah beliau cipta kepada rakyat dan bukan mengulang ulang 'ISA".

Sebenarnya bagi rakyat "ISA" ini sudah lapuk dan tidak diingati lagi. Hanya  mereka yang terkesan secara langsung saja yang masih 'terngiang ngiang"' namun bagi rakyat marhean' isu ISA ini tak mengenyangkan pun untuk dibahaskan.

Namun kerana isu ISA ini amat 'galak' dipakai dizaman UMNO yang berpresident Dr Mahathir' yang mana Dr Mahathir kini merupakan 'seteru utama" dalam cubaan Najib untuk mengekalkan kuasa, maka, ISA diangkat dan dijaja sekali lagi olih Najib demi memburukkan Dr Mahathir.

Namun apa yang cuba dijaja itu sebenarnya tidak menjejaskan  pun peribadi Dr Mahathir.
Apa yang penting bagi rakyat adalah kesan diatas kenaikkan 'kos sara hidup", kos minyak yang tidak menentu  serta peluang peluang pekerjaan yang sepatutnya diisi olih anak bangsa.

Najib dan Kerajaannya hanya berbangga dengan perolehan pendapatan negara yang meningkat namun sedarkah beliau bahawa ekonomi rakyat marhean masih ditakuk yang lama? Harga getah merudum, hasil sawit tak menentu, hasil perniagaan  rakyat dipasar malam 'menguncup".

Walaupun Najib berbangga dengan BRIM yang diberi namun beliau harus ingat bahawa hasil yang dikutip itu adalah dari 'kederat' atau 'titek peluh" seluruh warganegara iaitu melalui GST. Dana ini melebihi RM40 billion dan hanya lebih kurang RM6 billion saja dipulangkan semula kepada rakyat.
Cukuplah Najib!!!!

 Hutang luar Malaysia berjumlah RM873.8 bilion, bersamaan US$204.7 bilion, atau 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pada akhir September 2017, berbanding RM877.5 bilion yang dicatatkan pada akhir Jun 2017.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD103.7 bilion pada 28 Februari 2018.

Nampaknya rizab antarabangsa negara pun tidak mengcukupi untuk menutup hutang yang ditanggung sekarang.

Nampaknya negara Malaysia bergantung hidup pada hutang untuk 'bergaya" kalau ikut cara Najib.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment