Saturday, 17 March 2018

THE PROMISED LAND : HADI 'MENCUCUK' DEMI KELANGSUNGAN POLITIK

Bismillahirahmannirrahim.

"Umno pikul masalah dibuat pemimpin PH hari ini, kata Hadi".

                                  Image result for imej angkat batu besar

Berpikul pikul 'kahak' orang UMNO mahupun BN tersembur bilamana Hj Hadi dengan suci hati 'mensucikan UMNO Najib"

Mungkin juga, 'berguling guling" Pak Lebai PAS, bertasbih bilamana 'ketubah' Hj Hadi tersiar dalam mensucikan Parti UMNO Najib dari segala salahlaku . 
Hanya yang 'terungkap" semuanya adalah kesalahan kepimpinan DR Mahathir seorang saja berbanding ahli kabinet Dr Mahathir yang lain walaupun Najib yang disanjung juga memegang jawatan Menteri ketika itu .

Mungkin kerana kelebihan Dr Mahathir yang telah berjaya mengukir langskap 'muka bumi baru" buat Malaysia, membuatkan Hj Hadi 'iri hati' diatas kejayaan itu berbanding 'kejayaan' beliau dalam memecahkan umat Melayu bawaan Hj Hadi iaitu ;
"Amanat Hj Hadi".

Memperlekehkan kejayaan Dr Mahathir dijadikan 'bahan bakar' olih Hj Hadi, dalam membujuk hati ahli PAS yang sedang 'berbolak balik' dan  'terawang awang' diawangan itu samada mahu menyokong PAS ataupun sebaliknya.

Mungkin selama 22 tahun Dr Mahathir memerintah negara ini PAS tidak dapat berkembang atau membuktikan 'kehebatan' kerana semuanya tertutup dek 'kehebatan' Mahathir yang telah berjaya mentransformsi negara ini dalam waktu yang singkat dengan bermacam macam pembangunan. dari Lebuhraya hinggalah mercutanda KLCC serta Putrajaya yang menjadi 'perebutan; kini.

Dr Mahathir, dikagumi olih pemimpin dunia luar begitu juga dengan pemimpin pemimpin negara negara Islam. Dengan 'penghormatan terhadap Dr Mahathir ini,  usaha PAS mahu 'melemahkan" UMNO diera Dr Mahathir telah merecatkan PAS seluruhnya.

Tetapi kini, Dr Mahathir sedang menerajui Pakatan Harapan apabila meninggalkan UMNO Najib. Perasaan 'kecut' dan takut terhadap kelibat Dr Mahathir dalam Pakatan Harapan yang berusaha untuk  menyingkirkan UMNO Najib dan BN dalam PRU 14, tup tup, Hj Hadi pula sekali lagi ' mencucuk', gara gara mahuan 'perhatian" dari pengundi.

Kejayaan apa yang mahu di'bentangkan' olih Hj Hadi untuk meraih simpati rakyat untuk menyokong PAS?

Hala tuju tak jelas, perjuangan 'samar samar', pendirian ' bolak balik", apa lagi  yang PAS mahukan.

Kemungkinan kalau Hj Hadi tidak lagi berperanan sebagai Presiden PAS, atau PAS mempunyai 'pendirian" yang jelas dalam perjuangan, mungkin, rakyat bolih menerima, tetapi selagi Hj Hadi tetap mempertahankan 'salah laku' UMNO Najib dan BN, selagi itulah PAS akan tetap 'merindukan bulan", kerana bulan itu tidak akan jatuh keriba.

Dengan tarikh PRU sudah semakin dekat dan UMNO Najib pula semakin galak ' menabur janji" dan ' menabur wang ringgit', maka, semakin 'senak'pula PAS sebenarnya.
Tetapi bagi Dr Mahathir, usaha beliau selama bersama Pakatan Harapan ini, semakin jelas pula sokongan yang diterimanya, sehinggakan, UMNO Najib dan Barisan Nasional pun 'semakin sakit perut'.

Sokongan yang diberikan rakyat yang mahupun perubahan terutama berhubung 'soal sara hidup', cukai GST serta ketidaktentuan ekonomi rakyat marhean, serta perubahan dalam soal kepolisian, undang undang serta kebencian rakyat terhadap 'salah laku' atau ' pecah amanah' pemimpin yang tidak diadili seadilnya, membuatkan rakyat ' fed-up' dengan Kerajaan .

Perubahah sokongan rakyat terhadap Kerajaan pemerintah amat dirasai olih Kerajaan Najib kini, sedikit demi sedikit pemimpin lama UMNO yang 'masih' belingkar dikeliling Najib telah mula 'menimbulkan' isu. Samaada Rais Yatim mahupun Rafidah Aziz, dan mungkin banyak lagi yang 'masih' berada didalam UMNO 'akan 'berubah' secara senyap kepada Dr Mahathir.

Namun inilah hakikat yang berlaku kini. 

Kepada PAS , jangan ingat kemenangan ketika bersama Pakatan Rakyat akan berulang . Kerana sifat ' hipokrit' pemimpin PAS, penolakkan rakyat terhadap parti tersebut akan dirasai pada PRU 14.

Cahaya Al Majid.





No comments:

Post a Comment