Bismillahhirrahmannirrahim.
RAKYAT PERLU BERTINDAK DEMI MENYELAMATKAN
MALAYSIA!!!!
Tuduhan dan dakwaan terhadap penyelewengan terhadap dana 1MDB telah memburukkan imej dan maruah negara yang tidak dipertahankan olih Kerajaan Barisan Nasional dan juga olih Najib sebagai Perdana Menteri,
Apa yang diketahui rakyat hutang 1MDB kini berjumlah melebihi RM50 billion.
Kemana dan untuk apa dana sebesar itu telah dibelanjakan?
Kalau 1MDB yang didakwa hartanya melebihi nilai hutangnya, kenapa pula hutang ini perlu ditanggung Kerajaan iaitu 'rakyat"?
Kenapa dakwaan dakwaan dibawah ini tidak rungkai olih Kerajaan?
Persoalanya nama Jho Low dan Riza Aziz teleh mengheret maruah negara ini yang dinaungi olih Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu.
Namun dalam skandal yang didakwa olih DoJ ini, iaitu 1MDB , kenapa Kerajaan Najib aka Kerajaan Barisan Nasional tidak memulakan proceeding perundangan bagi membersihkan nama Malaysia?
Antara 17 harta yang mahu dirampas DoJ: yang mengaitkan "MOI".
Dapatan dari Sinar Harian.
-Hartanah L'emritage termasuk Hotel L'Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210.
-Aset perniagaan L'ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;
-Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;
-Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.
-Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;
-Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC; mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;
-Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;
-Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;
-Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;
-Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;
-Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;
-Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;
-Lukisan Vincent Van Gogh Artwork bertajuk 'La maison de Vincent yang Arlest';
-Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk 'Saint-Georges Majeur';
-Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk 'Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes'; dan
-Qentas townhouse yang terletak di London, UK.
Berita dari FMT:-
1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura atas dakwaan pengubahan wang.
Sejumlah AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ sejak 2 tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan 1MDB pada 2009 dan pernah menjadi pengerusi lembaga penasihatnya. Beliau dan dana itu menafikan sebarang salah laku.
Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih AS$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana ia sedang menjalankan siasatan jenayah berkaitan.
Antara aset dikehendaki ialah sebuah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli pembiaya Malaysia, Low Taek Jho, yang dinamakan sebagai orang penting dalam saman AS itu.
Aset lain yang didakwa dibeli Low dengan dana dicuri daripada 1MDB termasuk sebuah jet persendirian, sebuah hotel dan hartanah di New York serta kepentingan AS$107 juta dalam EMI Music Publishing.
Ada di antara aset itu yang sudah dikembalikan. Model dan pelakon Australia, Miranda Kerr menyerahkan barang kemas berjuta dolar yang menurut pihak berkuasa AS diberikan Low kepadanya, termasuk 1 set barang kemas yang diberikan kepadanya dalam satu pelayaran di atas Equanimity pada 2014.
Yakinlah, Kerajaan yang ada sekarang tidak akan berubah , tetapi, yakinlah, hanya rakyat yang bolih merubah segalanya demi masadepan negara.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment