Bismillahhirrahmannirrahim.
APA HALA TUJU RAKYAT
BAHAGIAN SATU
Najib Razak mewakili Barisan Nasional , Hj Hadi mengetuai PAS dan Dr Mahathir mengepalai Pakatan Harapan . Mereka mereka ini adalah tiga watak utama yang mengetuai barisan kelompok gabungan masing masing.
Melalui persefahaman sesama gabungan parti parti politik yang bertanding pada PRU 14 ini, hanya tiga lambang utama diatas kertas undi yang pasti menjadi pilihan rakyat selain lambang parti parti 'langau' ataupun 'sampah' .
Najib Razak melalui UMNO mewakili kelompok Barisan Nasional yang terdiri dari beberapa parti politik utama seperti sebahagian kelompok Bangsa Melayu dari UMNO sementara MCA dan MIC mewakili sebahagian dari kaum berbangsa China dan India dan gagasan ini juga mewakili beberapa Parti parti dari Sarawak dan juga dari Sabah.
Sementara Parti PAS, yang 'mengaku' berkiblatkan agama dan diketuai olih Hj Hadi yang juga merupakan Presiden Parti tersebut. Dan rata rata ahlinya merupakan dari kelompok berbangsa Melayu yang 'mengaku' menurut ajaran Islam yang sebenar.
Berbeza sekali dengan gabungan Pakatan Harapan. Gabungan ini diketuai olih Dr Mahathir dan dianggotai olih PKR, DAP, Amanah dan juga PPBM. Walaupun Dr Mahathir merupakan Pengerusi PPBM yang mana pendaftaran PPBM tersebut baru saja dinafikan pendaftaran olih ROS dan pendaftarannya masih lagi 'tertakluk' kepada keputusan dimahkamah namun Dr Mahathir tetap diberikan kepercayaan dan mandat olih gabungan gabungan ini untuk menerjui Pakatan Harapan sekaligus akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional ..inshaallah..
Melalui kuasa yang dimiliki olih Najib selaku Presiden UMNO mahupun sebagai Perdana Menteri dari Kerajaan Barisan Nasional. segala keputusan tentang pemilihan calon terutama dari parti UMNO atau Barisan Nasional yang akan bertanding samaada disemenanjung mahupun di Sabah segala kata putus dan keputusan semuanya terletak ditangan Najib.
Pertembungan kuasa kali ini amat besar implikasinya samaada terhadap Najib dan UMNO, mahupun terhadap Hj Hadi dan PAS ataupun terhadap Dr Mahathir dan Pakatan Harapan itu sendiri. Olih itu segala tipu helah, pembohongan, rasuah, dan memburuk burukkan lawan serta fitnah sememangnya dijadikan senjata.
Kepada diri Najib, UMNO dan Kerajaan BN yang dipimpinnya, nescaya, sekiranya kekalahan ini memihak kepada beliau dan menjadi kenyataan maka segala skandal, salah laku, penyalahgunaan kuasa, penipuan serta sampah sampah yang disapu kebawah karpet yang berlaku dieranya pasti dibongkar dan diadili dimahkamah semaunya.
Implikasi terhadap kekalahan ini bukan saja akan merencatkan keakraban gabungan Barisan Nasional malahan tuduh menuduh dan tuding menuding serta salah menyalahkan satu sama lain bakal berlaku dikalangan mereka. Perbalahan ini bakal menjurus kepada 'mentalkin" dan 'menguburkan' UMNO sekali gus. Memandangkan kini 'pedaftaran' dan 'kes UMNO" telah dibawa kemuka pengadilan gara gara melanggar Perlembagaan UMNO sendiri dan kini telah dibawa Mahkamah untuk dibatalkan, niscaya, 'mengharamkan' UMNO untuk kedua kalinya pasti berlaku..
Lompat parti olih calon UMNO yang memenangi Kerusi Parlimen atau DUN akan terjadi ada yang mengistiharkan diri sebagai 'bebas' mahupun 'berpindah' ke Parti yang menjadi Kerajaan.
Ini adalah implikasi yang amat berat untuk dihadapi olih Najib, UMNO dan kepimpinan Barisan Nasional sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada mereka.
Bagi PAS dan Hj Hadi pula, walaupun mereka merasakan 'sokongan' terhadap gabungan mereka sedang meningkat dan mendapat simpati dari orang Melayu, namun, semua itu adalah 'firasat' dan 'rasa rasa' mereka saja. Tidak dinafikan PAS mempunyai sokongan orang Melayu yang 'totok' namun
untuk memenangi kerusi yang banyak sehingga menjadi 'king maker' seperti yang diharapkan Hj Hadi dan kepimpinannya, nampaknya, semua itu adalah 'pegangan' yang meleset.
Walaupun mereka sedar bahawa tanpa sokongan parti dari bukan Melayu adalah mustahil untuk mereka memenangi beberapa kerusi Parlimen namun usaha untuk 'memecahkan' undi dan menafikan kemenangan Pakatan Harapan adalah 'tujuan' utamanya.
Usaha yang sedang dirancang Hj Hadi dan PAS ini , sebenarnya sedang menjerat niat PAS Kelantan untuk terus menjadi Kerajaan di Kelantan .
Pertembungan yang diusahakan secara 'berharmoni' dengan UMNO atau Najib ini, sememangnya bakal menjadikan PAS sebagai sebuah parti sumbang selepas PRU 14 samaada di DUN mahupun di Parlimen.
Berbeza dengan Dr Mahathir dan PPBM mahupun Pakatan Harapan. Pada awalannya PPBM ditubuhkan kerana ingin 'menyahkan' Najib saja dari tampuk kuasa kerana Najib telah dilihat terbelit dengan berbagai skandal dan sekali gus telah 'menjejaskan' imej negara didalam dan juga diluar negara kerana beberapa skandal Mega.
Ini termasuklah skandal 1MDB dan beberapa skandal lagi seperti FGV, FELDA mahupun Rosmah juga. Ditambah dengan pemecatan beberapa watak dan individu penting dan kanan dalam UMNO , pertembungan ini telah memuncakkan lagi keinginan mereka untuk menjatuhkan Najib sahaja, tetapi, apabila barisan Ahli Kepimpinan Tertinggi UMNO tetap mahu mendukung Najib maka, PPBM ditubuhkan bagi menyaingi dan memulihkan ' kejelekan' yang dicipta olih Najib yang mana telah mengheret UMNO sekali.
Kini PPBM berserta DAP, PKR dan Amanah dikenali sebagai Pakatan Harapan dan kini hala tuju dan tujuan mereka berjuang adalah untuk menyelamatkan negara ini dari 'cengkaman' Najib yang didakwa dan dilihat telah 'mengenggam' sepenuh kuasa dan 'mengongkong' SPRM, PDRM , Jabatan Undang Undang serta lain lain ajensi penguatkuasaan dalam 'mempertahankan' salah laku beliau.
Kini mereka berjuang dan bertekad untuk menumbangkan Najib sekali gus akan meranapkan UMNO serta Barisan Nasional sekali dalam PRU 14 ini. .
Kehadiran Dr Mahathir dalam mengepalai Pakatan Harapan sememangnya tidak disenangi olih Pemimpin UMNO terutama Najib. Berbagai bagai usaha dilakukan untuk 'memburukkan' reputasi Dr Mahathir sehinggalah kes Forex 25 tahun dahulupun diungkit semula dan diadakan RCI, namun, hajat itu tidak kesampaian apabila 'kesalahan nyata' adalah ditangan Nor Yaakob dan sehingga kini, tiada satu 'dapatan konkrit atau sohih' yang dapat mengheret Dr Mahathir.
Nampaknya samada PAS mahupun UMNO, kedua kedua Parti ini amat kecut dengan kehadiran Dr Mahathir sebagai pemimpin no. satu Pakatan Harapan. Namun segala usaha Najib dan UMNO ,dari seremeh remeh perkara sehinggalah keperkara yang ' dituduh' yang melibatkan 'hal peribadi' seperti "status keturunan' dan umur 93 tahun dijadikan senjata untuk menyerang 'kehebatan' Dr Mahathir.
Perlu diingat Dr Mahathir tidak akan rugi apa apa. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan berjasa kepada negara ini. Dari Perlis hingga ke Johor dan dari Sarawak hinggalah ke Sabah, segala, 'cap jari' pembangunan yang dibawa telah merubah langskap negara ini. Bukan saja didalam negara malahan diluar negara juga beliau amat dihormati dan tidak pernah tunduk kepada kuasa kuasa Barat yang mahu menekan negara ini.
Begitu juga dengan 'imej Malaysia' di dunia Islam. Beliau amat dikagumi dan dijadikan idola olih kebanyakkan negara Timur Tengah kerana kelantangan dan keberanian beliau dalam membangunkan negar ini. Kelantangan beliau dalam memperjuangkan nasib negara Islam dan nasib rakyat Palestin yang diganyang Yahudi telah menjadi beliau amat 'dikagumi' dan dihormati.
...bersambung...
No comments:
Post a Comment