Monday, 23 April 2018

THE PROMISED LAND : CUCU KOMUNIS vrs PELABUR KOMUNIS: SIAPA LEBIH BERBAHAYA????

Bismillahhirrahmannirrahim.

MANA YANG LEBIH MENAKUTKAN

"Cucu Komunis" yang dilabel terhadap Jamilah Jamaluddin yang merupakan calon DAP bagi DUN Damansara Sara, mula, diperbesarkan.
Walaupun nenek beliau merupakan tokoh yang bernama besar dalam PKM suatu masa dahulu, namun untuk mengheret dan mengaitkan beliau dengan 'perjuangan komunis nenek beliau amatlah keterlaluan. Samaada beliau pernah mengenali Shamsiah Fakeh secara peribadi ataupun pernah 'bermanja' secara bersentuhan dengan neneknya, tiada kepastian terhadap perkara tersebut.

Walaupun Jamilah memilih DAP sebagai instrument politiknya, namun, keberanian beliau dalam menghadapi serangan jelek dan berstatus peribadi yang membabitkan perjuangan neneknya suatu ketika dahulu, telah cuba dikaitkan dengan pendirian beliau masa kini.

Walaupun begitu Jamilah merupakan anak kelahiran negara ini dan berstatus warganegara dan segala haknya tidak bolih dinafikan olih perlembagaan. Walaupun terdapat dikalangan Pemimpin negara yang lahir bukan dinegara ini tetapi dibesarkan negara ini, namun, kewarganegaraan dan dipileh sebagai pemimpin, tiada siapa bolih mempertikaikan.






Jamaliah Jamaluddin, cucu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dalam pilihan raya umum 9 Mei ini.
Jamaliah, 29, memberitahu, beliau memilih DAP kerana prinsip dan ideologinya.


Namun apa yang ingin diperkatakan disini adalah dua perkara berbeza.

Adakah dengan memileh beliau sebagai Pemimpin Masyarakat atau sebagai Ahli Politik akan mendedahkan pengundi pengundinya menjadi 'ajen komunis'?

Apa yang perlu kita takutkan adalah 'pemberian kontrak dan projek projek Mega' kepada 'kontraktor Kerajaan  rakyat negara Komunis iaitu China dengan cara 'kita meminjam' yang mana 'pemberi pinjaman' ini sememangnya Komunis dan 'berhati komunis' semenjak azalinya.

Adakah itu yang diinginkan dan yang mahu  dipertahankan olih Kerajaan Najib UMNO dan BN ?
Apa yang kita perlukan adalah ' Foreign Direct Investment" dan bukan China Communist Government Controlled Investment". 
Ini yang kita gusarkan terutama "investment stail Najib ini iaitu "hutang" dari  China komunis .

Selalunya pelaburan ada tahap risikonya tetapi "pelaburan" dari China Komunis ini tiada 'risiko' langsung buat mereka  malahan, geranti dan '1000% tetap mengaut untung dan dibawa balik bulat bulat.
Selalunya investment atau pelaburan semestinya dari keuntungan dan dari hasil pulangan yang dilabur tetapi berlainan dengan 'terma" Najib dengan China Komunis .

'Pinjaman yang diberikan' China Komunis" diistilahkan Najib sebagai 'pelaburan' dan pulangan pula melalui interest atau bunga yang dikenakan . Inilah istilah 'pelaburan bagi Najib" yang diakui olih pakar ekonomi UMNO dan seluruh Kabinetnya yang dungu yang sengaja mahu 'menjerat' negara ini.

Semoga apa yang diusahakan olih rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha Najib, UMNO dan BN ini yang diketuai olih Dr Mahathir melalui Pakatan Harapan  yang mahu menyelamatkan negara ini dari belangu hutang ' Ah Long dari China Komunis' ini akan membuahkan hasil.

Ehsan dari blog : CELAH GELEGAR.

                                      

                           

                           

                          

                         

                                                     Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment