BERAKHIRKAH R.A.H.M.A.N????
Sementara Najib, UMNO dan Barisan tetap mahu mengekalkan kuasa dengan 'cubaan" menjerat rakyat dengan hutang yang berlambak lambak yang telah dicipta untuk digalas dibahu rakyat, manakala Hj Hadi pula mahu menjadikan PAS sebagai 'King Maker' dengan harapan rakyat marhean Melayu menyokong 'ideologi' PAS yang ternyata merosakkan , sementara Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pula ingin menumbangkan Najib sekaligus membungkuskan UMNO dan BN, dan pada masa yang sama cuba 'meranapkan' impian Hj Hadi, PAS dan gerombolannya kerana didakwa menyesatkan umat Melayu melalui ' Amanat Hj Hadi' yang ternyata telah memecah belahkan umat Islam dinegara ini kerana 'fahaman' mereka, maka, keputusan 'rakyat' adalah ketentuan buat kesemua meraka ini.
Perlu diingat Najib merupakan Perdana Menteri semenjak 2009, selepas Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi terpaksa di 'rengkuh' jawatannya kerana keterlibatan 'Budak Tingkat Empat' yang diketuai olih menantunya iaitu KJ @ Khairi Jamaluddin kerana didakwa olih ' Ahli Tertinggi' UMNO bahawa segala urusan "mengurus dan mentadbir" negara dipelupori olih 'Budak Tingkat Empat' ini,maka tindakan menyelamatkan UMNO diusahakan dari dalam UMNO. Maka berakhirlah Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
Berbeza dengan Hj Hadi. Beliau merupakan Presiden PAS untuk sekian lamanya dan pernah memegang jawatan Menteri Besar bagi Terengganu untuk sepenggal sebelum Kerajaan PAS Terengganu yang dipimpinnya kecundang kepada Barisan Nasionald . Begitulah nasibnya Hj Hadi atau nasib Presiden PAS dinegeri beliau sendiri. Rakyat yang dipimpin dari buminya sendiri 'menolak' Parti pimpinan beliau, olih itu dimana relevannya 'kepimpinan' dibawah Hj Hadi untuk menerajui Kerajaan Pusat.
Tetapi amat berbeza dengan kepimpinan arwah Nik Aziz diKelantan. Walaupun berstatus "Mursidul PAS" dan sekali gus berjawatan Menteri Besar, dan walaupun telah beberapakali PRU berlangsung, namun, hajat Parti Kerajaan Pusat iaitu Barisan Nasional, samaada dibawah Dr Mahathir, Pak Lah mahupun Najib sendiri, tetap 'kegagalan' disandang olih Parti Kerajaan.
Begitulah 'hebat'nya 'kelibat Arwah Nik Aziz dalam 'membelai jiwa' anak anak Kelantan dan kemenangan PAS diKelantan bukanlah kerana kehebatnya Presiden PAS nya, tetapi 'watak Nik Aziz" tiada penggantinya.
Al Fatiha buat Arwah....
Berbeza dengan Dr Mahathir. Beliau telah pun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri h dengan sanjungan datang mencurah-curah dari seluruh dunia.
Penghormatan disuarakan dalam lidah-lidah pengarang akhbar di Britain, Arab Saudi, Kenya, Singapura dan Indonesia.
``Sebagai tokoh yang kompleks, kehilangan yang akan dirasai ialah dari segi tenaga dan wawasan beliau tetapi bukan prejudis beliau,'' menurut lidah pengarang akhbar Guardian di London.
Dua stesen televisyen paling popular di dunia Arab, Al-Jazeera dan Al-Arabiya menyiarkan majlis penyerahan tugas Dr. Mahathir secara langsung hari ini.
``Sukar untuk membayangkan rantau ini tanpa beliau. Lebih tepat lagi, pentas dunia tanpa beliau,'' menurut lidah pengarang Straits Times di Singapura.
Lidah pengarang Business Times Singapura menyebut, Dr.Mahathir meninggalkan Malaysia satu kelas pertengahan Melayu yang kukuh dan lebih penting lagi, kestabilan sosial.
Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Begitulah hebatnya nama Dr Mahathir dipentas politik dunia.
Kini Dr Mahathir telah membuang UMNO dan Barisan Nasional dari journal peribadinya.
Semenjak menubuhkan PPBM dan bergabung dengan PKR, DAP dan Amanah yang dikenali sebagai Pakatan Harapan, maka, kerancakkan 'rythm politik' dinegara ini amat amat menerujakan semua orang dari yang muda hingga lah yang tua, semuanya 'merasakan' bahang perubahan ini.
Disatu pihak ada yang menuduh beliau sebagai 'nyanyuk', dah 'terlalu tua 93 tahun dan berbagai bagai 'panggilan' namun disisi dan disamping beliau kini, Kelompok yang dianggotai Dr Mahathir ini dikenali sebagai Pakatan Harapan dan dibarisi olih 'watak watak' yang besar namanya diarena politik negara , samaada mereka yang pernah berada dipihak Kerajaan mahupun dari kem parti pembangkang, namun kini mereka 'menghala' kepada 'tujuan yang satu' iaitu 'mengalahkan Najib dan gerombolan Kebinetnya'..
Tetapi yang paling mengujakan adalah watak watak yang pernah menjadi 'seteru' beliau satu masa dahulu kini duduk sebaris dengan Dr Mahathir dalam usaha menumbang 'kerajaan klepetrokasi' yang dipimpin Najib dari UMNO dan Barisan Nasional yang didakwa telah mendatangkan banyak kemudaratan kepada negara.
Dengan berbagai bagai skandal yang didakwa 'membaluti' diri Najib , serta 'kes rasuah yang melibatkan pemimpin UMNO yang tidak berkesudahan ditambah burukkan lagi dengan peningkatan hutang negara gara gara Najib suka berhutang demi 'membuat projek Mega' yang berkiblatkan kepada Kerajaan China Komunis serta apabila rakyat dibebankan dengan cukai GST yang telah menaikkan kos sara hidup rakyat, maka, pertukaran rejim pemerintahan adalah jalan terakhir buat rakyat.
Walaupun pihak yang bertanding telah mengutarakan 'manifesto' masing masing namun apa yang dilihat dan menarik buat rakyat adalah penyebab kepada 'kenaikan kos barangan serta kenaikan kos sara hidup' iaitu GST. Hanya Pakatan Harapan saja yang 'menawarkan' penghapusan GST sekiranya mereka menjadi kerajaan.
Walaupun Najib dan Kerajaannya mengatakan tanpa GST Kerajaan akan 'bangkrap", namun, Dr Mahathir 'yakin dan percaya' bahawa ada kaedah lain yang bolih diusahakan demi 'mengimbangi' kekurangan dari cukai GST.
... bersambung..
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment