Bismillahhirrahmannirrahim.
Allah Maha Besar, Allah Maha Suci. Segala pujian hanya untuk Mu. Amin. Amin. Amin.
Kemungkaran yang diimani olih Najib serta yang dijemaahi olih seluruh Ahli Kabinetnya samaada yang berjawatan ''Menteri Agama" mahupun Ahli ahlinya,.kini mengelupur , mengelepar ibarat nyawa nyawa ikan , ibarat "batang tubuh yang nazak sedang menunggu " malaikat maut" ROS untuk dicabut nyawanya ". Kematiannya Akan diumumkan dan proses menanam dan mentalkin bakal diterjemahkan.
Tetapi blog ini " Cahaya Al Majid" telah terlebih dahulu mengistiharkan akan "kekalahan" mereka sekali gus mengistiharkan "kematianya" dan ditalkinkan".
Walaupun blog ini tidak pernah melafaskan kata kata " sumpah seranah" kepada mana mana diri pemimpin BN mahupun PAS malahan hanya mengutarakan pandang mahupun kritikan yang pedas dan berbahasa yang sopan namun kerana "KUASA" yang Kerajaan terdahulu miliki iaitu Kerajaan UMNO NAJIB, maka, melalui kuasa SKMM, blog, ini disekat untuk diekses olih orang ramai.
Walaupun blog ini bukan lah "sehebat" blog yang mempunyai traffic yang tinggi Dan bernama besar serta mempunyai pengunjung yang ramai namun kerana "ketakutan" Pemimpin BN terhadap kata kata kebenaran dan tulisan yang sinis terhadap mereka maka blog ini disekat.
Walauapapun tahniah diucapkan kepada peneraju "kebangkitan Rakyat" , iaitu Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana kejayaan ini.
Walaupun dalam keterbatasan waktu yang dimiliki olih Tun, diharap, ahli gabungan yang mendukung Pakatan Harapan ini dapat memenafaatkan "waktu yang dimikili Tun" dengan sebaik baiknya.
Sekiranya ahli gabungan Pakatan Harapan mahukan yang terbaik buat negara maka "dampingilah" diri Tun sekerap mungkin.
Itu saja pesan saya.
Ikhlas Dari:
Cahaya Al Majid
Kebenaran yang menjadi prisip hidup kita sudah cukup menjadikan diri kita mulia walau kita tidak sehebat mana. Sabas teruskan berkarya dengan tulisan saudara@
ReplyDelete