MASIHKAH MELAYU MENGHARAPKAN YANG INI JUGA????
Harapkan pegar, pegar makan padi.
Skandal yang didakwa melibatkan Najib Razak yang 'terhalang' kebenarannya untuk didengari di Mahkamah.
Antaranya :-
1. Kes Scorpene
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu. Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
2. Kes 1MDB
1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditubuhkan selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009. Kononnya matlamat syarikat ini adalah untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menarik pelaburan asing ke Malaysia, terutamanya daripada negara Timur Tengah.
Malangnya, selepas mengumpul hutang mencecah RM50 bilion pada 2015 – bukan sahaja satu sen pelaburan asing tidak dapat ditarik, sekurang-kurangnya RM20 bilion telah diselewengkan oleh Najib Razak dan konco-konconya.
Skandal 1MDB telah mencetuskan siasatan pengubahan wang haram di seluruh dunia. Tindakan mahkamah telahpun diambil di Amerika Syarikat dan Singapura. BSI Bank dan Falcon Bank di Switzerland telah ditutup kerana menjadi pemudahcara pengubahan wang haram yang berpunca dari 1MDB.
Kini wang Tabung Haji, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Kementerian Kewangan telah digunakan untuk membeli hartanah 1MDB dengan harga yang terlampau mahal untuk menyelamatkan syarikat 1MDB. Namun begitu, hutang berkaitan 1MDB yang tertunggak masih melebihi RM40 bilion.
Jho Low, Riza Aziz dan MOI.
Terdapat tiga fasa pemindahan wang: a. Good Star (AS$1 bilion) b. Aabar BVI (AS$1.367 bilion) c. Tanore (AS$1.26 bilion)
- Good Star (AS$1 bilion)
Antara 2009 dan 2011, di bawah alasan pelaburan usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International, pegawai-pegawai 1MDB menguruskan pemindahan lebih AS$1 bilion daripada 1MDB ke akaun bank Switzerland yang dipegang atas nama Good Star Limited.
Salah satu cara pegawai 1MDB melencongkan dana ini adalah dengan memberikan maklumat palsu kepada bank mengenai pemilikan Good Star.
Akaun Good Star itu sebenarnya dimiliki oleh Jho Low.
Dakwaan terhadap Zahid Hamidi :-
Kes.1.
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat pada 12 Ogos lalu terhadap aset bernilai RM230 juta dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pada 1 Ogos lalu mengeluarkan kenyataan dalam blognya menyelar Zahid dengan mengingatkan aset RM230 juta yang dimilikinya ketika mengepalai Pemuda UMNO.
Kes.2.
Pada 16 Januari 2006, lebih kurang 10 malam, apabila Amir Bazli Abdullah sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangi, gangster gangster upahan Zahid Hamidi telah mengugut dan membawanya dengan paksaan ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Apabila sampai je Amir Bazli Abdullah telah melihat Zahid Hamidi bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana.
Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan gangster gangster upahan Zahid Hamidi. Zahid Hamidi telah menumbuk dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah tanpa berikan apa apa signal, terus je bagi sebijik. Akibat daripada tumbukan sulung daripada Zahid Hamidi, mata kiri Amir Bazli Abdullah telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya.
Setelah menerima tumbukan pertama, gangster gangster upahan bersama Zahid Hamidi memulakan acara memukul secara bergilir gilir sampai lunyai beb..
Kes Annuar Musa.
Annuar pernah memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan pada 2001 Kementerian tersebut digemparkan dengan skandal PPRT di mana Annuar dikaitkan dengan skandal tersebut.
Kesudahan kepada skandal tersebut cukup menyayatkan hati. Ianya berakhir dengan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Muhammad didapati bersalah bersubahat melakukan pecah amanah dan penyelewengan dan dihukum penjara 5 tahun.
Skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di The Dudley, Melbourne yang terlebih bayar RM13.8 juta dimana Annuar Musa adalah Pengerusi Mara.
MARA menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan MARA Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis MARA Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini.
Kes Tan Sri Isa Samad.
Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 Billion di Amerika dan Kanada mencatatkan kerugian RM27.6 Juta.
JUN 2013:
Pembelian Hotel Grand Borneo di Sabah oleh Felda Investment Corporation (FIC) membayar RM86.4 juta. Kertas siasatan dibuka oleh SPRM pada tahun 2017 selepas perkara yang sama didakwa berlaku. (Sumber: borneotoday.net)
JULAI 2013:
Pengambil-alihan saham Pontian United Plantation Berhad yang menelan kos sebanyak RM1.2 Billion iaitu pembelian dengan harga yang lebih tinggi dari harga semasa. (sumber: thesundaily.my)
OKTOBER 2013:
Pembelian Grand Plaza Service Apartment di London juga dengan harga RM495 juta yang mana harga semasa yang dilaporkan agensi hartanah Savills & Knight Frank hanyalah sekitar RM408 juta untuk unit yang sama ketika itu.
Tahun ini, dalam bulan yang sama selepas Isa Samad dan juga anak lelakinya yang juga pegawai di Felda dipanggil oleh SPRM, Menteri yang bertanggungjawab atas integriti dan ketelusan berkata SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam isu ini!
Case closed! (Sumber: theedgemarkets.com)
NOVEMBER 2015:
Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan RM47.6 Juta lesap dalam satu projek yang dinamakan Felda Carviartive Blue Dream Park yang mengusahakan projek ternakan berkeknologi tinggi ikan sturgeon.
Felda Carviartive Sdn Bhd (FCSB) didakwa menandatangani kontrak bernilai RM146.25 juta dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan Lembaga Pengarah Felda.
Dan dalam Laporan Ketua Audit Negara ini disenarikan banyak lagi pelan bisnes yang dilaporkan bernilai ratusan juta ringgit akhirnya menemui jalan GAGAL!
Ketua Audit Negara menasihatkan FELDA supaya lebih berhati-hati dan membuat penilaian, kajian kemungkinan dan daya maju (business analysis) sebelum membuat keputusan perniagaan!
(Sumber: astroawani.com)
JUN 2017:
Kes bayaran tertunggak dari syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd (salah sebuah anak syarikat FGV), menyaksikan penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutifnya dan tidak lama selepas itu Isa Samad meletakkan jawatan pengerusi FGV dan berhijrah ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
DISEMBER 2017:
Felda melalui Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, TS Shahrir Samad mengakui Felda kehilangan tiga hartanah yang bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak! Ia dikatakan bertukar hak milik melalui transaksi diragui sejak tahun 2015! (Sumber: bharian.com.my)
bersambung....
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment