Thursday, 12 April 2018

THE PROMISED LAND : NAJIB CAKAP TAK SERUPA BIKIN??

Bismillahhirrahmannirahim.

RAKYAT INGINKAN KEBENARAN DAN BUKAN CERITA DONGENG!!!

Dibawah ini adalah ungkitan mahupun umpatan Najib terhadap bekas 'Boss" UMNO atau Boss Najib sendiri dikala mereka semua adalah 'ahli ahli kabinetnya', mahupun ahli Majlis tertingginya.

Walaupun ungkitan itu digunakan Najib untuk memburukkan prestasi bekas Bosnya atau lawannya sekarang iaitu Pengerusi Pakatan Harapan, namun, apa bezanya terhadap kesalahan yang dilakukan olih  pentadbiran Najib bilamana kes dibawah ini iaitu  skandal terhadap1MDB berlaku!!!


Image result for imej dato sri Khairuddin


                                         
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara, telah dibebaskan petang ini, tetapi ditangkap semula oleh pihak polis.
Peguamnya, Matthias Chang memberitahu Malaysiakini bahawa Khairuddin ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar jam 4.40 petang ini.
“Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan,” 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus mempersendakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menafikan bahawa beliau bertanggungjawab memenjarakan pemimpin pembangkang selama 22 tahun dirinya berkuasa

Najib berkata bekas perdana menteri itu harus bertanggungjawab berhubung apa yang berlaku sepanjang tempoh beliau mentadbir dan bukannya melepaskan semua kesalahan 
Najib berkata kenyataan Mahathir itu tidak betul kerana realitinya bekas perdana menteri itu pernah menangkap Mat Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"(Dia) selamba kata saya tak tangkap sesiapa. Takkan sampai begitu, bertanggungjawablah... jangan tipu," katanya.
Masaalahnya sekarang, samaada Anwar Ibrahim ke, Mat Sabu Ke atau Lim Kit Siang ke ataupun Lim Guan Eng termasuklah Mahfuz sekali, semuanya dah sepakat untuk menentang 'kemungkaran' yang dilakukan olih pemerintah kini atau Najib dan konco konconya.
Samaada penyelewengan ke, rasuah ke, salah guna kuasa ke atau apa saja kemungkaran yang berlaku yang mengakibatkan 'bebenan hutang yang ditimbunkan diatas kepala rakyat' , ini yang mahu ditentang olih kelomopok Mahathir ni.
Kalau tak da salah guna kuasa atau pembohongan terhadap Jho Low mahupun Riza Aziz yang menjadi kaya raya dalam sekelip mata dan menyamun duit 1MDB seperti yang didakwa DoJ mahupun undang undang luar negara seperti yang dilapurkan..yang melebihi USD 3 billion .tak kan..kelompok ni..saja saja nak memekak!!!
Kalau duit RM2.6 billion tu adalah cerita dongeng.. takkan Muhiyiddin Yassin, Shafei Afdal dan beberapa tokoh UMNO yang berperinsip yang lain mahu.menentang Najib dan sanggup meninggalkan UMNO.
Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.
DoJ telah melancarkan siasatan jenayah ke atas dana yang didakwa dicuri dari 1MDB dan menangguhkan saman sivil yang difailkan pada dua tahun terakhir untuk melucutkan lebih dari AS$1 bilion (RM4.3 bilion) dalam bentuk hartanah dan aset lain.
Dalam kes sivil, jabatan berkenaan mendakwa antara tahun 2009 dan 2015, lebih daripada AS$4.5 bilion kepunyaan 1MDB digubah oleh pegawai peringkat tinggi pelabur negeri dan sekutu mereka.
Pada bulan Jun, DoJ memfailkan saman lain untuk merampas aset AS $ 540 juta, termasuk Equanimity dan hak untuk filem Dumb and Dumber, yang dihasilkan oleh Red Granite, sebuah syarikat produksi yang dimiliki oleh anak tiri Najib, Riza Aziz. 
 Najib. UMNO ataupun Barisan Nasional sedang 'cuak' atau 'takut' terhadap gelombang rakyat yang mahu 'menghumban' mereka. Olih itu dengan cara 'mencalar' imej atau sengaja 'membesar besar' cerita lama yang mana mereka semuanya 'terlibat', tetapi tetap mahu 'meletakkan' kesalahan dibahu Mahathir seorang, seolah olah mereka tidak ujud diera itu.
Tak palah...ok lah..tu..
Memandangkan tarikh PRU dah pun diketahui umum maka bersedia sajalah untuk hilang kuasa pada pilihanraya nanti.
Segala salahlaku Najib mahupun Kerajaan Barisan Nasional serta UMNO pasti 'dtelanjangkan' apabila hilang kuasa nanti.
Sembilan tahun Najib memerintah sebagai Perdana Menteri bermacam hal berlaku, perkara buruk melebihi yang baik. Namun skandal demi skandal tetap mahu ditutup dan yang terbaru Rafidah Aziz pula membuka pekung baru pulak.
Peergh...
Kalau rakyat nak tengok banyak lagi salah laku dan penyelewengan terhadap wang rakyat yang diseleweng olih Kerajaan Najib dan angkatan Menteri Kabinetnya, seolah olah 'duit' itu milik mereka, hentikan beri sokongan kepada mereka. 
Berjuanglah demi menyelamatkan negara dari kemungkaran dan kemaksiatan nafsu suka curi duit. 
Olih itu berhentilah menyokong mereka demi menyelamatkan negara ini. 
Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment