Bismillahhirrahmannirrahim.
BILA MELAYU DIPANDANG SEBELAH MATA
Kemana hala tuju UMNO ataupun apa strategi UMNO mahupun 'mandrem jenis apa" yang bakal pemimpin UMNO gunakan dalam membaikpulih imej mahupun keyakinan orang Melayu yang ketika itu menumpang "tuii" dalam memberikan undi kepada PPBM atas nama pakatan sewaktu PRU 14, nampaknya usaha kearah ' pembetulan" sehingga kini semuanya masih lagi 'kelabu', 'gelap" ataupun tidak jelas.
Kalau dalam 'perjalanan saya' , sebelum ini sahabat sahabat saya pernah bersumpah bahawa ,
" I born Catolic and i die catolic' tetapi kesudahannya bila Allah SWT menumpahkan rahmatNya kepada mereka, sumpah yang dilafas pun 'terpadam' atau ' tertelan"' dan akhirnya Islam, menjadi pegangan mereka, Allahhuakbar.
Kini kelompok terbesar orang Melayu ini sebenarnya 'dalam proses pencucian zahir dan bhatin" dari kekotoran mahupun dari dosa dosa rakyat, pemimpin. pemerintah mahupun Raja Raja lampau mahupun terkini.
Kerana 'tergelincir" nya pemahaman 'para Khalifah" mahupun ' ulul amri' nya terhadap ajaran Islam yang 'bersumpah lidah mereka menyebut nama Allah SWT' dan bilamana "amanah"dikhianati, maka,'pengajaran' ataupun 'menyusuri kepangkal jalan', adalah pilihan yang diberikan.
Ironinya, persamaan nama diantara Yang Dipertuan Agong yang pertama dengan Perdana Menteri yang pertama juga sebenarnya membawa 'petanda' yang amat jelas kepada orang Melayu dibumi Tanah Melayu ini.
Bagi alim alim ulama mahupun mereka mereka yang mengkaji mahupun sedang 'belajar' atau mencari tentang ilmu akhir zaman, nescaya, mereka akan tahu 'sifir' ini.
Dan bukanlah "RAHMAN' itu sekadar kebetulan.
Berpaksikan kepada keyakinan kita terhadap firman firman Allah SWT iaitu ' Perancangan Allah SWT" mengatasi segala sesuatu..maka..tiada keraguan diatas perancangan tersebut.
Rahman, Razak,Hussein,Mahathir,Abdullah, Najib bukanlah kebetulan tetapi semua itu adalah aturan ataupun "susunan" bagi yang 'mengetahui".
Allah SWT adalah sebaik baik 'pengatur'.
Allah SWT yang mengatur segalanya.
Hakikat ini kalau diketahui akan 'rahsiaNya" mahupun dipelajari sedalamnya, mahupun disampaikan kepada penganut kepercayaan lain, inshaallah, mereka semua akan tunduk sujud dihadapan kebesaran Allah SWT. Tetapi kerana sifat Allah SWT itu Kaya, maka, hanya segelintir saja dikalangan hambanya yang diberikan 'petunjuk' dan 'hidayah".
Kan manusia itu sifatnya 'riak', 'takbur' dan kurang 'bersyukur".
Riaknya manusia kerana ilmunya, kekayaanya ataupun kuasanya.
Takburnya manusia kerena 'kaya dan kuasa'nya yang dirasakan dapat membeli 'iman'.
Kurangnya bersyukur kerana dirasakan semuanya diatas 'usaha'nya sendiri.
Dan Allah SWT telah berjanji bahawa ' tidak akan bergerak sebesar zarah melainkan kehendak Nya".
Kerana sebab sebab inilah yang membataskan 'manusia' untuk 'menghadirkan' diri serendah rendahnya dihadapan Allah SWT.
Kembali kita kepada isu yang membelanggu umat Melayu ini.
Sebenarnya Pakatan Harapan bukanlah 'platform' atau 'lantai" bagi orang Melayu untuk meneruskan 'perjuangan' mereka. Pakatan Harapan adalah 'asbab' untuk 'penyatuan' ini dan PPBM hanyalah 'alasan' untuk semua 'peraturan' ini untuk berlaku.
Paling utama, pertubuhan kelompok terbesar Melayu ini perlu di'baharui" halatujunya.
Kerangka atau dasar dasar baru tentang Melayu, Islam dan hak hak orang Melayu perlu dijadi tunjang dalam 'manisfesto" ini. Fokus penyatuan mahupun kejituanan pertubuhan ini perlu disandarkan kepada kepentingan orang Melayu dahulu. Gabungan parti parti lain bukanlah keutamaan masa kini. Pembentukan dan perantaian antara Melayu dan Islam perlu dijadikan 'paksi' utama dalam perjuangan.
Persediaan rapi untuk tempoh 2 tahun ini adalah 'kritikal" dan adalah wajib untuk pertubuhan ini "menyandarkan menisfesto" barunya untuk perjalanan kali ini.
Inshaallah, dengan 'tertitipnya' bunga bunga kemarahan orang Melayu dengan ber 'mula'nya dan "terjentiknya hati" sebenarnya, adalah 'laluan' untuk 'kemercu impian' Melayu dan Islam.
Inshaallah, 'isu isu' sensitif yang 'bakal' melanda nanti, bakal, mencerminkan lagi 'penyatuan' Melayu.
Berbalik kepada Dr Mahathir, telah saya katakan berkali kali bahawa beliau adalah 'pembuka jalan' kepada perkara ini untuk berlaku. Jangan salahkan beliau. Watak beliau adalah berbeza dengan 'watak watak Perdana Menteri yang lalu mahupun Pak Lah atau Najib. Apa yang pasti, keadaan amat berbeza sekarang.
Walaupun parti beliau PPBM hanya memenangi 13 kerusi Parlimen dan menjadi 'peneraju' dan 'arkitek" utama dalam Pakatan Harapan dalam mengemudi negara, namun, 'masa' tidak menyebelahi beliau sebenarnya.
Cuba lihat perjalanan Dr Mahathir.
Kenapa terdapat ramai dikalangan Raja Raja Melayu dan Sultan tidak bersependapat dengan beliau, walaupun ketika beliau berkuasa mahupun selepas beliau 'memerangi UMNO'. Kenapa?
Adakah kerana beliau 'menghapuskan imuniti jenayah" terhadap Raja Raja Melayu dijadikan alasan untuk memerangi atau 'meletakkan kesalahan' keatas beliau?
Ramai yang mengatakan bahawa Dr Mahathir tidak 'mendahulukan' Islam dan Melayu didalam pemerintahannya. Benarkah??
Adakah kerana menyentuh dan menuduh ' Najib lanun Bugis" maka beliau harus diperangi ataupun dihina, sehinggakan, Pingat Kebesaran yang pernah dianugerahkan olih Sultan atau Raja Melayu pun ditarik balik?
Perhatikan adakah 'perlakuan' terhadap Dr Mahathir ini mendatangkan kesan kepada beliau?
Tidak bukan...malahan beliau 'diangkat' dan direzekikan untuk kedua kalinya olih Allah SWT,sekali lagi kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri?
Adakah tuan puan nak 'kategorikan' rezeki Allah SWT terhadap Dr Mahathir ini sebagai 'bala' atau "bencana"?
bersambung.....
Cahaya Al Majid
\
...viv...
ReplyDeleteFriday, 29 June 2018
THE PROMISED LAND:
BENARKAH MELAYU TAK NAMPAK JALAN...???
Bismillahhirrahmannirrahim.
BILA MELAYU DIPANDANG SEBELAH MATA.. =_+
ISLAM TELAH LAMA MENGAJAR MELAYU SILAM CARA BERJALAN..
DARI JALAN BENGKANG BENGKOK BERLIKU2 MELAYU BERJALAN.
JALAN KIRI KANAN ATAS BAWAH BELAKANG DEPAN DIBAWAKAN...
EHDINASSIROTALMUSTAQIM JALAN TENGAH LURUS YG DIAJARKAN.
KARNA PEREDARAN FITNAH ZAMAN MELAYU BARU MATA KEBUTAK'AN..
TAHTA HARTA BETINA NAFSU SERAQAH AMANAH SETIA DILUPAKAN.
DAHAN NAJIB BESAU LENGAN UDAH LOMBEK USAH LAGI PEGANGKAN.
MATANYA UDAH BUTAK DIA TAK BOLEH BIMBING SAMA2 MATA BUTAK..
TERSALAH BIMBING DIA N GENGS SAMA2 TERJATUH TELAGAK BUTAK..
KETUA DULU JATUH KETELAGAK BUTAK DIIKUTI GENGS YG MENIMPAK..
ITULAH YG DIKATAKAN ORANG BALAK SUDAH JATUH DITIMPAK TANGGAK.
TERSOSAT DIHUJONG JLN RABA SEMULA KEPANGKAL JLN MESTI JUMPAK.i.
...VIV...