Wednesday, 27 June 2018

THE PROMISED LAND: DISINI KJ, DISANA KU LI DISINUN ZAHID. SIRI AKHIR.

Bismillahhirrahmannirrahim.
SIAPA PILIHAN MELAYU UMNO!!

Hujung minggu ini nasib ketiga-tiga calon bakal President UMNO yang "mencalonkan" diri sendiri untuk menerajui parti UMNO , nasib mereka bakal ditentukan olih seluruh perwakilan mereka.

Kalau sebelum article ini, blog ini hanya memperkatakan tentang 2 nama besar UMNO yang "menawarkan" diri untuk jawatan President,tetapi seorang lagi yang belum diperkatakan adalah KJ atau bekas Ketua Pemuda UMNO aka "menantu Pak Lah".

Sejarahnya, walaupun seawalnya nama KJ tidak pernah ujud atau "tertera" dalam "kelompok" UMNO ketika peralihan kuasa Perdana Menteri  iaitu dari Dr Mahathir kepada Pak Lah, namun sewaktu Pak.Lah berkuasa dan menjawat jawatan Perdana Menteri aka sebagai President UMNO, tetiba, nama ''KJ' aka Khairy Jamaluddin "meletup" dan "viral" dikalangan kelompok UMNO termasuk rakyat marhean.
Waima orang Rembau dan  warga Negeri Sembilan pun "terkejut"beruk dibuatnya
Itulah sejarah asalnya.

Kini KJ menawarkan diri untuk jawatan nombor satu UMNO. Walaupun usianya muda jika ditakrif melalui keanggotaanya dalam UMNO, begitu juga jika dibuat perbandingan antara usia antara dua lagi calon presiden, maka,sememang KJ Masih hijau dan mentah dalam selok belok politik kalau mengikut terma orang politiklah.

Tetapi pada hakikatnya "ilmu' yang berselirat dalam diri seseorang itulah yang lebih penting dan utama sebenar nya terutama untuk menjadi pemimpin.

Walaupun dalam era kepimpinan UMNO Najib, KJ dilihat sebagai " calon berwibawa' untuk menggalas keinginan anak anak muda atau generation baru sebagai 'pelapis kepimpinan teratas', namun, ketentuan dalam PRU 14 tidak menyebelahi beliau. Walaupun beliau mengekalkan kerusi Parlimennya, namun, Kerajaan pemerintah telah berubah.

Kalau.nak jadikan "track record' kepimpinan sebagai "wadah" perbandingan buat ketiga-tiga calon ini, semesti KJ akan tercorot dibelakang tetapi sekiranya UMNO mahukan "kelompok muda" untuk menggalas atau "menebas"  "jalan baru' buat kesinambungan politik UMNO dan Melayu, memilih KJ adalah yang terbaik.

Dengan usia yang masih lagi dalam lingkungan 40an, dinamik, terbuka dan berbekalkan sedikit pengalaman dalam Kerajaan mahupun ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, mungkin, Banyak pembaharuan mahupun perubahan ketara terhadap parti akan dilakukan demi menyaingi PPBM mahupun PAS.

Tetapi sekiranya "motif" perjuangan beliau jelas iaitu untuk "mengangkat semula hak hak orang Melayu serta Islam" kesatu peringkat yang lebih tinggi dan berusaha pula untuk menebus maruah ' Melayu " yang telah dicalar dan yang telah dibusukkan olih President nya dahulu, maka selayaknya beliau diberikan peluang dan diangkat.

Tetapi apa yang penting ,pemegang  jawatan timbalan semestinya lebih tua daripada beliau agar "perkara yang tersasar akan lebih mudah untuk ditegur dan mudah untuk dibawa berbincang.

Sebagai perbandingan dan pandangan resmi blog ini, "orang Baru" adalah lebih mudah untuk dibentuk , ditegur dan dibawa berbincang berbanding mereka mereka yang dah "sebati" atau "totok hati" dengan "kuasa" dan yang " takut hilang kuasa".

Sebagai rumusan JANGAN dipusatkan 'kuasa mutlak" atau " kuasa veto"  ditangan Presiden seperti sebelum INI, bagi mengelakkan kes serupa  berulang.
Jadikan kuasa majority suara atau undi lima pemimpin teratas' sebagai "rujukan' untuk membuat keputusan.

MELAYU sedang menilai kemana arah tuju kelompok terbesar ini, samaada, ditakuk lama atau sanggup berubah atau rebah selamanya.
Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment